BlackBerry Z30 Phablet Pertama BlackBerry


BlackBerry Z30 ditawarkan pada harga RM1,998 dan mula dipasarkan secara rasmi pada 5 Oktober ini.

Dengan saiz 5.0 inci, Z30 yang juga 'phablet' pertama BlackBerry akan beroperasi pada platform 10.2 yang dilengkapi dengan 1,600 ciri baru dengan kemaskini stor aplikasinya sudah menjangkau 120,000 aplikasi-aplikasi sehingga kini.

Antara ciri baru dimuatkan dalam BlackBerry Z30 termasuk BlackBerry Now and BlackBerry Natural Sound. Natural Sound bermakna tahap audio ketika membuat atau menerima panggilan lebih jelas berbanding telefon biasa. Saiz telefon ni 5.0 menjadikannya phablet pertama BlackBerry setakat ini.

Skrinnya beroperasi pada format 1280 x 720 piksel pada Gorilla Corning Glass 2 dengan pemproses 1.7GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro bersama GPU QuadCore Adreno 320 selain memori 2GB. GPU tersebut menjadikan telefon ini peranti yang menarik untuk bermain game seperti Asphalt 7 yang dipertontonkan ketika sesi media.

Ia dilengkapkan dengan kamera 8MP dengan ketahanan bateri 25 jam pada pelbagai guna yang menggunakan kuasa 2880mAh. BlackBerry sebelum ini telah menghasilkan peranti Z10, Q10 dan Q5 pada 2013.

Z30 mempunyai sistem antena baru yang membolehkan capaian rangkaian LTE lebih baik yang sesuai untuk Malaysia.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .