Broadwell - CPU Generasi Baru Intel iCore


Pengenalan cip pemprosesan Intel Haswell beberapa bulan lepas sedia mendapat perhatian ramai, dimana salah satu perkara yang menarik adalah jangka hayat bateri yang lebih lama melaluinya. Perkara sama juga turut menjadi fokus Intel pada cip generasi akan datang mereka.


Cip pemprosesan akan datang yang dikenali dengan nama “Broadwell” dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan kedua 2014. Ia akan turut membawakan beberapa penambah-baikkan, dan salah satunya adalah dari segi jangka hayat bateri.

Menurut Intel, versi pembangunannya kini sedia memperlihatkan peningkatan jangka hayat bateri sehingga 30%, dan mungkin kita akan melihat hasil akhir yang lebih baik kelak.

Selain daripada itu, pihak Intel juga dilihat turut memfokuskan kepada satu lagi perkara, iaitu untuk membuang bunyi yang dihasilkan oleh kipas melalui cip pemprosesan baru mereka ini.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .