Ciri Baru iOS 7


Kesemua pengguna iPhone atau iPad boleh memuat turun versi terbaru iOS7 bermula 19hb Semtember lalu. Faktor visual pada iOS7 memang berubah sepenuhnya menjadikannya agak menarik berbanding sebelum ini. Antara perubahan lain termasuk:


Pusat Kawalan (Control Center). Tak perlu untuk ke bahagian Setting seperti sebelum ini untuk menukar tahap kecerahan skrin, Airplane Modem, WiFi, Bluetooth, audio dan banyak lagi dengan hanya terus ke Control Panel yang sudah terpampang.

UI Baru. Warna baru di skrin anda akan lebih menonjol dan cerah tetapi cara mengggunakan UI baru hampir sama dengan iOS lama jadi anda tidak akan terasa sangat perubahannya.

Pelbagai tugas lebih baik. Kalau dulu, pelbagai tugas atau multitasking menggunakan iOS selalu menghadapi masalah tetapi kali ini ia lebih baik terutama apabila aplikasi dibuka serentak selain kelihatan di belakang skrin anda. Jadi apabila terdapat notifikasi yang muncul di ikon aplikasi, ia akan lebih cepat untuk diakses seperti Facebook.

AirDrop. Akhirnya, perkongsian fail boleh dilakukan dengan iOS. Gunakan AirDrop untuk kongsi foto, video, nombor hubungan dan fail lain dengan iPhone terdekat. Ia beroperasi menggunakan WiFi dan bluetooth dan mudah diakses.

Safari. Pelayar baru telefon mendapat suntikan paling banyak dalam iOS7 dengan menyembunyikan beberapa elemen UI yang tidak perlu ada ketika melayari internet. Pendek kata, melayari internet kini lebih ringkas dan cepat.

Kamera. Meskipun kamera tidak boleh diperbaharui secara kemaskini perisian tetapi aplikasinya sendiri memperoleh kemaskini yang baik. Kalau anda pengguna Instagram, anda akan merasakan perubahan pada iOS7 dan paling baru, mod 'Burst' yang merakam foto secara berterusan apabila butang kamera ditekan lama (Fungsi ini sudah lama dikeluarkan pengeluar telefon lain).

Foto, Aplikasi Photo anda lebih kemas dengan susunan mengikut tarikh dan boleh dikumpulkan dalam satu fail supaya mudah dicari. Manakala iCloud Photo Sharing pula membolehkan anda berkongsi stream foto dengan pengguna lain.

Siri. Sudah lama tidak mendengar suara 'wanita' ini. Nasib baik dalam kemaskini baru iOS7, Siri lebih peka dengan arahan tertentu. Malangnya, pengguna di Malaysia kurang menikmati suara wanita ini. Oh ya, Siri juga mempunyai suara lelaki!





Rujukan

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .