Facebook - Pernyataan Hak dan Tanggungjawab



Perjanjian ini telah ditulis dalam bahasa Inggeris (AS). Sekiranya sebarang versi terjemahan bagi perjanjian ini bercanggah dengan versi bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diutamakan.  Sila ambil perhatian bahawa Seksyen 17 mengandungi perubahan tertentu pada terma umum bagi pengguna di luar Amerika Syarikat.
Tarikh Semakan Terakhir: 11 Disember, 2012.

Pernyataan Hak dan Tanggungjawab

Pernyataan Hak dan Tanggungjawab ("Pernyataan," "Terma," atau "SRR") ini terbit daripada Prinsip Facebook dan merupakan terma perkhidmatan kami yang mentadbir hubungan kami dengan para pengguna serta orang lain yang berinteraksi dengan Facebook. Dengan menggunakan atau mengakses Facebook, anda bersetuju dengan Pernyataan ini, sebagaimana yang dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut Seksyen 14 di bawah. Selain itu, anda akan menemui sumber-sumber pada penghujung dokumen ini yang akan membantu anda memahami bagaimana Facebook berfungsi.
  1. Privasi

    Privasi anda amat penting kepada kami. Kami mereka bentuk Dasar Penggunaan Data kami untuk membuat pendedahan penting tentang bagaimana anda boleh menggunakan Facebook untuk berkongsi dengan orang lain serta cara kami mengumpulkan dan boleh menggunakan kandungan dan maklumat anda.  Kami menggalakkan anda agar membaca Dasar Penggunaan Data ini, dan menggunakannya untuk membantu anda membuat keputusan termaklum.
     
  2. Berkongsi Kandungan dan Maklumat Anda

    Anda memiliki kesemua kandungan dan maklumat yang anda siarkan di Facebook, dan anda boleh mengawal bagaimana ia dikongsi melalui tetapan privasi dan aplikasi anda. Selain itu:
    1. Bagi kandungan yang diliputi oleh hak harta intelek, seperti foto dan video (kandungan IP), anda secara khusus memberi kami keizinan berikut, tertakluk kepada tetapan privasi dan aplikasi anda: anda memberi kami lesen seluruh dunia yang bukan eksklusif, boleh pindah milik, boleh disublesenkan dan bebas royalti untuk menggunakan sebarang kandungan IP yang anda siarkan di atau berhubung dengan Facebook (Lesen IP). Lesen IP ini akan tamat apabila anda memadam kandungan IP anda atau akaun anda, kecuali kandungan anda telah dikongsi dengan orang lain dan mereka belum memadamkannya.
    2. Apabila anda memadamkan kandungan IP, ia akan dipadamkan dengan cara yang serupa dengan mengosongkan tong kitar semula pada komputer. Walau bagaimanapun, anda faham bahawa kandungan yang telah dialih keluar mungkin masih wujud dalam salinan sandaran bagi tempoh masa yang wajar (tetapi tidak akan tersedia kepada yang lain).
    3. Apabila anda menggunakan sesuatu aplikasi, aplikasi ini mungkin akan meminta keizinan anda untuk mengakses kandungan dan maklumat anda di samping kandungan dan maklumat yang telah dikongsi orang lain dengan anda.  Kami menghendaki aplikasi-aplikasi agar menghormati privasi anda dan perjanjian anda dengan aplikasi tersebut akan mengawal bagaimana aplikasi itu menggunakan, menyimpan serta memindahkan kandungan dan maklumat tersebut.  (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Platform, termasuk bagaimana anda boleh mengawal maklumat yang boleh dikongsi orang lain dengan aplikasi, baca Dasar Penggunaan Data dan Halaman Platform kami.)
    4. Apabila anda menerbitkan kandungan atau maklumat menggunakan tetapan Umum, ini bermakna anda membenarkan semua orang, termasuk orang di luar Facebook, mengakses dan menggunakan maklumat tersebut dan untuk mengaitkannya dengan anda (iaitu, nama dan gambar profil anda).
    5. Kami sentiasa menghargai maklum balas anda atau cadangan lain tentang Facebook, tetapi anda faham bahawa kami mungkin akan menggunakannya tanpa sebarang kewajipan untuk memberi pampasan kepada anda (sebagaimana anda tidak mempunyai kewajipan untuk menawarkannya).
       
  3. Keselamatan

    Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan Facebook selamat, tetapi kami tidak dapat menjaminnya. Kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan Facebook selamat, yang termasuk komitmen berikut daripada anda:
    1. Anda tidak akan menyiarkan komunikasi komersial yang tidak dibenarkan (seperti spam) di Facebook.
    2. Anda tidak akan mengutip kandungan atau maklumat pengguna, atau sebaliknya mengakses Facebook, menggunakan kaedah automatik (seperti menggunakan bot pengutip, robot, lelabah atau pengikis) tanpa kebenaran kami terlebih dahulu.
    3. Anda tidak akan melibatkan diri dalam pemasaran berbilang tingkat yang menyalahi undang-undang,seperti skim piramid, di Facebook.
    4. Anda tidak akan memuat naik virus atau kod berniat jahat lain.
    5. Anda tidak akan meminta maklumat log masuk atau mengakses akaun milik orang lain.
    6. Anda tidak akan membuli, menakut-nakutkan atau mengganggu mana-mana pengguna.
    7. Anda tidak akan menyiarkan kandungan yang: merupakan ungkapan kebencian, ancaman atau pornografi; merangsang keganasan; atau mengandungi kebogelan atau keganasan grafik atau laku musnah.
    8. Anda tidak akan membangunkan atau mengendalikan aplikasi pihak ketiga yang mengandungi kandungan berkaitan alkohol, janji temu atau kandungan dewasa lain (termasuk iklan) tanpa sekatan berasaskan umur yang sesuai.
    9. Anda akan mengikuti Garis Panduan Promosi kami dan semua undang-undang yang dikenakan jika anda mengumumkan atau menawarkan sebarang pertandingan, hadiah atau cabutan bertuah (“promosi”) di Facebook.
    10. Anda tidak akan menggunakan Facebook untuk melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, berniat jahat atau mendiskriminasi.
    11. Anda tidak akan melakukan apa-apa yang dapat melumpuhkan, melampaubebankan atau merosakkan perjalanan atau penampilan Facebook, seperti serangan penafian perkhidmatan atau gangguan terhadap peparan halaman atau kefungsian Facebook yang lain.
    12. Anda tidak akan memudahkan atau menggalakkan sebarang pelanggaran terhadap Pernyataan ini atau dasar kami.
       
  4. Pendaftaran dan Keselamatan Akaun

    Pengguna Facebook memberikan nama dan maklumat sebenar mereka dan kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan ia kekal begitu. Berikut adalah beberapa komitmen anda kepada kami berhubung pendaftaran dan pemeliharaan keselamatan akaun anda:
    1. Anda tidak akan memberi sebarang maklumat peribadi yang palsu di Facebook, atau membuat akaun untuk orang lain selain diri anda sendiri tanpa kebenaran.
    2. Anda tidak akan membuat lebih daripada satu akaun peribadi.
    3. Jika kami menyahdayakan akaun anda, anda tidak akan membuat akaun lain tanpa kebenaran kami.
    4. Anda tidak akan menggunakan garis masa peribadi anda terutamanya untuk keuntungan komersial anda sendiri, dan akan menggunakan Halaman Facebook untuk tujuan sebegini.
    5. Anda tidak akan menggunakan Facebook jika anda berumur di bawah 13 tahun.
    6. Anda tidak akan menggunakan Facebook jika anda seorang pesalah seks yang telah disabit kesalahan.
    7. Anda akan memastikan maklumat hubungan anda sentiasa tepat dan terkini.
    8. Anda tidak akan berkongsi kata laluan anda (atau bagi pembangun, kekunci rahsia anda), membiarkan orang lain mengakses akaun anda atau melakukan apa-apa yang lain yang mungkin menjejaskan keselamatan akaun anda.
    9. Anda tidak akan memindahkan akaun anda (termasuk sebarang Halaman atau aplikasi yang anda tadbir) kepada orang lain tanpa mendapatkan kebenaran kami secara bertulis terlebih dahulu.
    10. Jika anda memilih nama pengguna atau pengecam yang serupa bagi akaun atau Halaman anda, kami mempunyai hak untuk mengeluarkan atau menuntutnya semula jika kami percaya ini adalah wajar (seperti apabila pemilik tanda dagangan membuat aduan mengenai nama pengguna yang tidak mempunyai banyak persamaan dengan nama pengguna yang sebenar).
       
  5. Melindungi Hak Orang Lain

    Kami menghormati hak orang lain dan menghendaki agar anda turut berbuat demikian.
    1. Anda tidak akan menyiarkan isi kandungan atau mengambil sebarang tindakan di Facebook yang melanggar atau mencabul hak orang lain atau sebaliknya melanggar undang-undang.
    2. Kami boleh mengalih keluar sebarang isi kandungan atau maklumat yang anda siarkan di Facebook jika kami percaya ia melanggar Pernyataan ini atau dasar kami.
    3. Kami menyediakan bagi anda alat-alat untuk membantu anda melindungi hak harta intelektual anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati halaman Cara Melaporkan Tuntutan Pelanggaran Harta Intelektual kami.
    4. Jika kami mengalih keluar isi kandungan anda kerana anda melanggar hak cipta orang lain dan anda percaya bahawa kami mengeluarkannya kerana kesilapan, kami akan memberi anda peluang untuk membuat rayuan.
    5. Jika anda melanggar hak harta intelektual orang lain berulang kali, kami akan menyahdayakan akaun anda apabila wajar.
    6. Anda tidak akan menggunakan hak cipta atau tanda dagangan kami (termasuk Facebook, Logo Facebook dan F, FB, Face, Poke, Book dan Wall), atau sebarang tanda serupa yang mengelirukan, kecuali dibenarkan dengan jelas oleh Garis Panduan Penggunaan Jenama kami atau dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
    7. Jika anda mengumpulkan maklumat daripada para pengguna, anda akan mendapatkan kebenaran mereka, menerangkan dengan jelas bahawa anda (dan bukan Facebook) adalah pihak yang mengumpulkan maklumat mereka, dan menyiarkan dasar privasi yang menerangkan maklumat mana yang anda kumpulkan dan bagaimana anda akan menggunakannya.
    8. Anda tidak akan menyiarkan dokumen pengenalan atau maklumat kewangan sensitif sesiapa pun di Facebook.
    9. Anda tidak akan menandai pengguna atau menghantar jemputan e-mel kepada orang yang bukan pengguna tanpa kebenaran mereka. Facebook menawarkan alat pelaporan sosial untuk membolehkan pengguna memberi maklum balas tentang penandaan.
       
  6. Peranti Mudah Alih dan Peranti Lain

    1. Pada masa ini kami menyediakan perkhidmatan mudah alih kami secara percuma, tetapi harap maklum bahawa bayaran dan kadar biasa pembekal khidmat anda, seperti bayaran pemesejan teks tetap akan dikenakan.
    2. Sekiranya anda menukar atau menyahaktifkan nombor telefon mudah alih anda, anda akan mengemas kini maklumat akaun anda di Facebook dalam masa 48 jam untuk memastikan bahawa mesej anda tidak dihantar kepada orang yang memperoleh nombor lama anda.
    3. Anda memberikan kebenaran dan semua hak yang diperlukan untuk membolehkan pengguna menyegerakkan (termasuk melalui aplikas) peranti mereka dengan sebarang maklumat yang dapat mereka lihat di Facebook.
       
  7. Pembayaran

    Jika anda membuat bayaran di Facebook atau menggunakan Kredit Facebook, anda bersetuju dengan Terma Pembayaran kami.
     
  8. Peruntukan Khusus Berkaitan Pemalam Sosial

    Jika anda menyertakan Pemalam Sosial kami, seperti butang Kongsi atau Suka di laman web anda, syarat tambahan yang berikut akan dikenakan kepada anda:
    1. Kami memberi anda kebenaran menggunakan Pemalam Sosial Facebook agar pengguna boleh menyiarkan pautan atau kandungan dari laman web anda di Facebook.
    2. Anda memberi kami kebenaran untuk menggunakan dan membenarkan pengguna lain menggunakan pautan serta kandungan seumpamanya di Facebook.
    3. Anda tidak akan meletakkan Pemalam Sosial pada mana-mana halaman yang mengandungi kandungan yang akan melanggar Pernyataan ini jika disiarkan di Facebook.
       
  9. Peruntukan Khusus Yang Dikenakan kepada Pembangun/Pengendali Aplikasi dan Laman Web

    Jika anda merupakan pembangun atau pengendali aplikasi atau laman web Platform, terma tambahan berikut dikenakan terhadap anda:
    1. Anda bertanggungjawab ke atas aplikasi anda dan kandungannya serta semua penggunaan Platform yang anda buat. Ini termasuk memastikan aplikasi anda atau penggunaan Platform memenuhi Dasar Platform Facebook kami dan Garis Panduan Pengiklanan kami.
    2. Akses anda kepada dan penggunaan data yang anda terima daripada Facebook, akan dihadkan seperti berikut:
      1. Anda hanya akan meminta data yang anda perlukan untuk mengendalikan aplikasi anda.
      2. Anda akan mempunyai dasar privasi yang memberitahu pengguna akan data pengguna yang akan anda gunakan dan bagaimana anda akan menggunakan, memaparkan, berkongsi, atau memindahkan data tersebut dan anda akan menyertakan URL dasar privasi anda dalam Aplikasi Pembangun.
      3. Anda tidak akan menggunakan, memaparkan, berkongsi atau memindahkan data pengguna secara yang tidak selaras dengan dasar privasi anda.
      4. Anda akan memadamkan semua data yang anda terima daripada kami berhubung dengan pengguna jika pengguna tersebut meminta anda melakukannya, dan akan memberikan mekanisme bagi pengguna untuk membuat permintaan tersebut.
      5. Anda tidak akan menyertakan data yang anda terima daripada kami berhubung pengguna dalam sebarang kreatif pengiklanan.
      6. Anda tidak akan memindahkan sebarang data yang anda terima daripada kami secara langsung atau tidak langsung ke (atau menggunakan data tersebut berhubungan dengan) sebarang rangkaian iklan, pertukaran iklan, broker data, atau set alat lain yang berkaitan dengan pengiklanan, walaupun seseorang pengguna membenarkan pemindahan atau penggunaan itu.
      7. Anda tidak akan menjual data pengguna.  Jika anda diperoleh oleh atau bergabung dengan pihak ketiga, anda boleh terus menggunakan data pengguna dalam aplikasi anda, tetapi anda tidak boleh memindahkan data pengguna ke luar daripada aplikasi anda. 
      8. Kami boleh meminta anda untuk memadam data pengguna jika anda menggunakannya secara yang kami dapati tidak selaras dengan jangkaan pengguna.
      9. Kami boleh mengehadkan akses anda kepada data.
      10. Anda akan mematuhi semua sekatan lain yang terkandung dalam Dasar Platform Facebook kami.
    3. Anda tidak akan memberi kami maklumat yang telah anda kumpulkan secara berasingan daripada pengguna atau kandungan pengguna tanpa kebenaran pengguna itu.
    4. Anda akan memudahkan pengguna mengeluarkan atau memutuskan sambungan daripada aplikasi anda.
    5. Anda akan memudahkan pengguna menghubungi anda. Kami juga boleh berkongsi alamat e-mel anda dengan pengguna dan orang lain yang mendakwa anda telah menyalahi atau sebaliknya melanggar hak mereka.
    6. Anda akan menyediakan sokongan pelanggan untuk aplikasi anda.
    7. Anda tidak akan memaparkan iklan pihak ketiga atau kotak carian web di www.facebook.com.
    8. Kami akan memberi anda semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kod, API, data dan alatan yang anda terima daripada kami.
    9. Anda tidak akan menjual, memindahkan, atau sublesenkan kod, API atau alatan kami kepada sesiapa pun.
    10. Anda tidak akan menyalahgambarkan perhubungan anda dengan Facebook kepada orang lain.
    11. Anda boleh menggunakan logo yang kami sediakan kepada pembangun atau mengeluarkan siaran akhbar atau kenyataan umum yang lain selagi anda mematuhi Dasar Platform Facebook kami.
    12. Kami boleh mengeluarkan siaran akhbar yang menerangkan perhubungan kami dengan anda.
    13. Anda akan mematuhi semua undang-undang yang berkenaan. Terutama sekali anda akan (jika berkenaan):
      1. mempunyai dasar untuk mengeluarkan kandungan yang melanggar undang-undang dan menamatkan perkhidmatan kepada orang yang melanggar undang-undang berulang kali yang mematuhi Akta Hak Cipta Milenium Digital.
      2. mematuhi Akta Perlindungan Privasi Video (Video Privacy Protection Act - VPPA) dan mendapatkan sebarang kebenaran untuk turut serta daripada pengguna agar data pengguna yang tertakluk pada VPPA boleh dikongsikan dalam Facebook.  Anda menggambarkan bahawa sebarang pendedahan kepada kami bukanlah sampingan kepada perjalanan perniagaan anda yang biasa.
    14. Kami tidak menjamin bahawa Platform akan sentiasa percuma.
    15. Anda memberi kepada kami semua hak yang diperlukan untuk membolehkan aplikasi anda berfungsi dengan Facebook, termasuk hak untuk menggabungkan kandungan dan maklumat yang anda berikan kepada kami pada strim, garis masa dan cerita tindakan pengguna.
    16. Anda memberi kami hak untuk menghubungkan atau membingkaikan aplikasi anda dan meletakkan kandungan, termasuk iklan, di sekitar aplikasi anda.
    17. Kami boleh menganalisis aplikasi, kandungan dan data anda untuk sebarang tujuan, termasuk komersial (seperti untuk menyasarkan penghantaran iklan dan mengindekskan kandungan untuk carian).
    18. Untuk memastikan aplikasi anda selamat untuk pengguna, kami boleh mengauditnya.
    19. Kami boleh mencipta aplikasi yang menawarkan ciri-ciri dan perkhidmatan yang serupa kepada, atau sebaliknya bersaing dengan, aplikasi anda.
       
  10. Mengenai Iklan dan Kandungan Komersial Lain yang Disediakan atau Dipertingkatkan oleh Facebook

    Matlamat kami adalah untuk menyampaikan iklan dan kandungan komersial yang berharga kepada pengguna dan pengiklan kami. Untuk membantu kami melakukan yang sedemikian, anda bersetuju dengan yang berikut:
    1. Anda boleh menggunakan tetapan privasi anda untuk mengehadkan bagaimana nama dan gambar profil anda mungkin dikaitkan dengan kandungan komersial, ditaja atau kandungan yang berkaitan (seperti jenama yang anda sukai) yang diberikan atau dipertingkatkan oleh kami. Anda memberi kami kebenaran menggunakan nama dan gambar profil anda berhubung dengan kandungan tersebut, tertakluk kepada kekangan yang anda tetapkan.
    2. Kami tidak memberi kandungan atau maklumat anda kepada pengiklan tanpa kebenaran anda.
    3. Anda memahami bahawa kami tidak selalu mengenal pasti perkhidmatan dan komunikasi yang berbayar sebagai yang demikian.
       
  11. Peruntukan Khusus yang Dikenakan kepada Pengiklan

    Anda boleh menyasarkan khalayak pilihan anda dengan membeli iklan di Facebook atau rangkaian penerbit kami. Terma tambahan yang berikut dikenakan kepada anda jika anda membuat pesanan melalui portal iklan dalam talian kami (Pesanan):
    1. Apabila anda membuat Pesanan, anda akan memberitahu kami jenis iklan yang anda mahu beli, jumlah yang mahu anda belanjakan dan bidaan anda. Jika kami menerima Pesanan anda, kami akan menyampaikan iklan anda apabila inventori tersedia. Apabila menjalankan iklan anda, kami melakukan yang terbaik kami untuk menyampaikan iklan tersebut kepada khalayak yang anda tetapkan, walaupun kami tidak menjamin dalam setiap keadaan bahawa iklan anda akan mencapai sasaran yang dimaksudkan.
    2. Dalam keadaan yang kami percaya bahawa apabila dilakukan akan meningkatkan keberkesanan kempen pengiklanan anda, kami mungkin akan meluaskan kriteria sasaran yang anda tetapkan.
    3. Anda akan membayar Pesanan anda mengikut Terma Pembayaran kami. Jumlah yang anda belum bayar akan dikira berdasarkan mekanisme penjejakan kami.
    4. Iklan anda akan mematuhi Garis Panduan Pengiklanan kami.
    5. Kami akan menentukan saiz, peletakan dan kedudukan iklan anda.
    6. Kami tidak menjamin aktiviti yang iklan anda akan terima, seperti bilangan klik iklan anda akan dapat.
    7. Kami tidak boleh mengawal bagaimana klik dijana pada iklan anda. Kami mempunyai sistem yang mencuba untuk mengesan dan menapis aktiviti klik yang tertentu, tetapi kami tidak bertanggungjawab ke atas penipuan klik, isu teknologi, atau aktiviti klik yang berpotensi tidak sah yang mungkin menjejaskan kos penyiaran iklan.
    8. Anda boleh membatalkan Pesanan anda pada bila-bila masa melalui portal dalam talian kami, tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum iklan berhenti disiarkan.  Anda bertanggungjawab untuk membayar semua iklan yang disiarkan.
    9. Lesen kami untuk menyiarkan iklan anda akan tamat apabila kami telah melengkapkan Pesanan anda. Walau bagaimanapun, anda memahami bahawa jika pengguna telah berinteraksi dengan iklan anda, iklan anda boleh kekal sehingga pengguna memadamnya.
    10. Kami boleh menggunakan iklan anda dan kandungan serta maklumat yang berkaitan untuk tujuan pemasaran atau promosi.
    11. Anda tidak boleh mengeluarkan sebarang siaran akhbar atau membuat pernyataan umum mengenai hubungan anda dengan Facebook tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu.
    12. Kami boleh menolak atau mengeluarkan sebarang iklan atas sebarang alasan.
    13. Jika anda membuat iklan bagi pihak orang lain, anda mesti mempunyai kebenaran untuk meletakkan iklan tersebut, termasuk yang berikut:
      1. Anda mewajarkan bahawa anda mempunyai kuasa undang-undang untuk mengikat pengiklan kepada Pernyataan ini.
      2. Anda bersetuju bahawa jika pengiklan yang anda wakili melanggar Pernyataan ini, anda akan dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran tersebut.
         
  12. Peruntukan Khusus yang Dikenakan kepada Halaman

    Jika anda mewujudkan atau mentadbir Halaman di Facebook, atau mengadakan promosi atau tawaran dari Halaman anda, anda bersetuju dengan Terma Halaman kami.
     
  13. Peruntukan Khusus yang Dikenakan kepada Perisian

    1. Jika anda memuat turun perisian kami, seperti produk perisian berdiri sendiri atau pemalam penyemak imbas, anda bersetuju bahawa dari semasa ke semasa, perisian tersebut boleh memuat turun peningkatan, kemas kini dan ciri-ciri tambahan daripada kami untuk meningkatkan, menambah dan membangunkan lagi perisian tersebut.
    2. Anda tidak akan mengubah suai, membuat hasil kerja terbitan daripada, menyahkompilasi, atau membuat kejuruteraan balikan atau percubaan yang sebaliknya untuk memetik kod sumber daripada kami, kecuali anda telah dibenarkan secara nyata untuk melakukannya di bawah lesen sumber atau kami memberi anda kebenaran bertulis yang jelas.
  14. Pindaan

    1. Melainkan kami membuat perubahan untuk tujuan undang-undang atau pentadbiran, atau untuk membetulkan pernyataan yang tidak tepat, kami akan memberi anda tujuh (7) hari notis (contohnya, dengan menyiarkan dalam Halaman Pentadbiran Laman Facebook) dan peluang untuk memberikan komen mengenai perubahan kepada Pernyataan ini.  Anda juga boleh melawat Halaman Pentadbiran Laman Facebook dan "menyukai" Halaman ini untuk mendapatkan kemas kini mengenai perubahan kepada Pernyataan ini.
    2. Jika kami membuat perubahan pada dasar yang dirujukkan dalam atau digabungkan oleh Pernyataan ini, kami boleh memberikan notis di Halaman Tadbir Urus Tapak.
    3. Penggunaan berterusan Facebook oleh anda berikutan perubahan terhadap syarat kami mewakili penerimaan anda bagi syarat kami yang telah dipinda.
       
  15. Penamatan

    Jika anda melanggar Pernyataan yang tersurat dan tersurat, atau sebaliknya mewujudkan risiko atau pendedahan undang-undang yang mungkin berlaku bagi kami, kami boleh menghentikan menyediakan semua atau sebahagian daripada Facebook kepada anda. Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel atau pada masa lain anda mencuba untuk mengakses akaun anda. Anda boleh juga memadam akaun anda atau menyahdayakan aplikasi anda pada bila-bila masa. Dalam semua kes yang sedemikian, Pernyataan akan menamatkan, tetapi peruntukan yang berikut tetap akan dikenakan: 2.2, 2.4, 3-5, 8.2, 9.1-9.3, 9.9, 9.10, 9.13, 9.15, 9.18, 10.3, 11.2, 11.5, 11.6, 11.9, 11.12, 11.13, dan 15-19.
     
  16. Pertelingkahan

    1. Anda akan menyelesaikan sebarang tuntutan, kuasa tindakan atau pertelingkahan (tuntutan) yang anda ada bersama kami yang berpunca daripada atau berkaitan dengan Pernyataan ini atau Facebook secara eksklusif di dalam mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di Wilayah Santa Clara. Undang-undang Negeri California akan menguasai Pernyataan ini, serta sebarang tuntutan yang mungkin timbul antara anda dan kami, tanpa kaitan dengan konflik terhadap peruntukan undang-undang. Anda bersetuju untuk menyerahkan bidang kuasa peribadi mahkamah yang terletak di Wilayah Santa Clara, California untuk tujuan litigasi semua tuntutan tersebut.
    2. Jika seseorang mengemukakan tuntutan terhadap kami berkaitan dengan tindakan, kandungan atau maklumat anda di Facebook, anda akan melindungi kami dan tidak memudaratkan kami daripada dan terhadap semua kerosakan, kerugian dan perbelanjaan apa-apa jenis (termasuk bayaran dan kos undang-undang yang munasabah) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut. Walaupun kami menyediakan peraturan untuk kelakuan pengguna, tetapi kami tidak mengawal atau mengarahkan tindakan pengguna di Facebook dan tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau maklumat yang dihantar atau dikongsi oleh pengguna di Facebook. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan atau maklumat yang menyakiti hati, tidak wajar, lucah, menyalahi undang-undang atau sebaliknya menjelikkan yang mungkin anda temui di Facebook. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kelakuan, sama ada dalam talian atau luar talian, sebarang pengguna Facebook.
    3. KAMI MENCUBA UNTUK MEMASTIKAN FACEBOOK DIJALANKAN SECARA BEBAS PEPIJAT DAN SELAMAT, TETAPI ANDA MENGGUNAKANNYA ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. KAMI MENYEDIAKAN FACEBOOK SEBAGAIMANA SEDIA ADA TANPA SEBARANG WARANTI YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN YANG TERTENTU, DAN TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG. KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA FACEBOOK AKAN SENTIASA SELAMAT, KUKUH ATAU BEBAS RALAT ATAU BAHAWA FACEBOOK AKAN SENTIASA BERFUNGSI TANPA GANGGUAN, KELEWATAN ATAU KECACATAN. FACEBOOK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS TINDAKAN, KANDUNGAN, MAKLUMAT, ATAU DATA PIHAK KETIGA, DAN ANDA MELEPASKAN KAMI, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA DAN EJEN KAMI DARIPADA SEBARANG TUNTUTAN DAN KERUGIAN, DIKETAHUI DAN TIDAK DIKETAHUI, AKIBAT DARIPADA ATAU DALAM APA-APA CARI SEKALIPUN YANG BERKAITAN DENGAN SEBARANG TUNTUTAN YANG ANDA ADA TERHADAP MANA-MANA PIHAK KETIGA TERSEBUT. JIKA ANDA ADALAH PENDUDUK CALIFORNIA, ANDA MENGETEPIKAN KOD SIVIL CALIFORNIA §1542, YANG MENGATAKAN: PELEPASAN UMUM TIDAK MENJANGKAU HINGGA TUNTUTAN YANG PEMBERI HUTANG TIDAK MENGETAHUI ATAU MENGESYAKI WUJUD YANG MENYEBELAHINYA PADA MASA MELAKSANAKAN PELEPASAN, YANG JIKA DIKETAHUI OLEHNYA MUNGKIN TELAH MENJEJASKAN TERUK PENYELESAIANNYA DENGAN PENGHUTANG. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAS SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN LANJUTAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU SAMPINGAN YANG BERPUNCA DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PERNYATAAN ATAU FACEBOOK INI, WALAUPUN JIKA KAMI TELAH MENASIHATI AKAN KEMUNGKINANNYA BERLAKU KEROSAKAN TERSEBUT. LIABILITI AGREGAT KAMI YANG BERPUNCA DARIPADA PERNYATAAN ATAU FACEBOOK INI TIDAK AKAN MELEBIHI SATU RATUS DOLAR ($100) ATAU JUMLAH YANG TELAH BAYAR KEPADA KAMI SEPANJANG DUA BELAS BULAN YANG LALU. UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN LIABILITI ATAU KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU LANJUTAN, OLEH ITU PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. DALAM KEADAAN YANG SEDEMIKIAN, LIABILITI FACEBOOK AKAN DIHADKAN SEHINGGA SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN.
       
  17. Peruntukan Khusus yang Dikenakan kepada Pengguna Di Luar Amerika Syarikat

    Kami berusaha untuk mewujudkan komuniti global dengan standard yang selaras bagi semua orang, tetapi kami juga berusaha untuk menghormati undang-undang setempat. Peruntukan yang berikut dikenakan kepada pengguna dan buka pengguna yang berinteraksi dengan Facebook di luar Amerika Syarikat:
    1. Anda membenarkan untuk membolehkan data peribadi anda dipindahkan dan diproses di Amerika Syarikat.
    2. Jika anda berada di negara yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, atau berada dalam senarai Rakyat yang Ditetapkan Secara Khusus bagi Jabatan Perbendaharaan A.S., anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam aktiviti komersial di Facebook (seperti pengiklanan atau pembayaran) atau mengendalikan aplikasi atau laman web Platform.
    3. Istilah khusus tertentu yang dikenakan untuk pengguna Jerman sahaja tersedia di sini.
  18. Definisi

    1. Dengan "Facebook" kami bermaksud ciri-ciri dan perkhidmatan yang kami sediakan, termasuk melalui (a) laman web kami di www.facebook.com dan sebarang laman web lain yang berjenama atau berjenama bersama Facebook (termasuk subdomain, versi antarabangsa, widget, dan versi mudah alih); (b) Platform kami; (c) pemalam sosial seperti butang Suka, butang Kongsi dan penawaran lain seumpamanya dan (d) media lain, perisian (seperti bar alat), peranti, atau rangkaian yang wujud pada masa ini atau dibangunkan kemudian.
    2. Dengan "Platform" kami bermaksud satu set API dan perkhidmatan (seperti kandungan) yang membolehkan orang lain, termasuk pembangun aplikasi dan pengendali laman web, untuk mengambil data dari Facebook atau memberikan data kepada kami.
    3. Dengan "maklumat" kami bermaksud fakta dan maklumat mengenai anda, termasuk tindakan oleh pengguna dan bukan pengguna yang berinteraksi dengan Facebook.
    4. Dengan "kandungan" kami bermaksud apa-apa yang anda atau pengguna lain siarkan di Facebook yang tidak akan disertakan dalam takrif maklumat.
    5. Dengan "data" atau "data pengguna" atau "data pengguna" kami bermaksud sebarang data, termasuk kandungan atau maklumat pengguna yang anda atau pihak ketiga boleh ambil dari Facebook atau memberikan kepada Facebook melalui Platform.
    6. Dengan "siar" kami bermaksud siaran di Facebook atau sebaliknya disediakan dengan menggunakan Facebook.
    7. Dengan "penggunaan" kami bermaksud menggunakan, menyalin, menjalankan atau memaparkan secara umum, mengedar, mengubah suai, menterjemah dan mewujudkan terbitan karya daripadanya.
    8. Dengan "pengguna berdaftar aktif" kami bermaksud pengguna yang telah log masuk ke Facebook sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 30 hari sebelumnya.
    9. Dengan "aplikasi" kami bermaksud sebarang aplikasi atau laman web yang menggunakan atau mengakses Platform, serta apa-apa yang lain yang menerima atau telah menerima data daripada kami.  Jika anda tidak lagi mengakses Platform tetapi belum memadamkan semua data daripada kami, syarat aplikasi akan dikenakan sehingga anda memadamkan data tersebut.
       
  19. Lain-lain

    1. Jika anda merupakan penduduk atau kawasan utama perniagaan anda di AS atau Kanada, Pernyataan ini adalah perjanjian antara anda dan Facebook, Inc.  Jika tidak, Pernyataan ini adalah perjanjian antara anda dan Facebook Ireland Limited.  Rujukan kepada “kami” dan “kita” bermaksud sama ada Facebook, Inc. atau Facebook Ireland Limited, sebagaimana sesuai.
    2. Pernyataan ini membentuk keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak ini berkaitan Facebook, dan mengatasi sebarang perjanjian sebelum ini.
    3. Sekiranya mana-mana bahagian Pernyataan ini didapati tidak dapat dikuatkuasakan, bahagian-bahagian yang lain akan tetap berkuat kuasa sepenuhnya.
    4. Jika kami gagal menguatkuasakan mana-mana bahagian Pernyataan ini, ia tidak akan dianggap sebagai penepian.
    5. Sebarang pindaan kepada atau penepian terhadap Pernyataan ini mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kami.
    6. Anda tidak akan memindahkan sebarang hak atau tanggungjawab anda di bawah Pernyataan ini kepada sesiapapun tanpa kebenaran kami.
    7. Semua hak dan tanggungjawab kami di bawah Pernyataan ini boleh diserahkan dengan bebas oleh kami berhubung dengan penggabungan, pemerolehan, atau jualan aset, atau oleh kuat kuasa undang-undang atau sebaliknya.
    8. Tiada suatu pun dalam Pernyataan ini yang akan menghalang kami daripada mematuhi undang-undang.
    9. Pernyataan ini tidak memberikan hak benefisiari kepada sebarang pihak ketiga.
    10. Kami mempunyai semua hak yang tidak diberikan kepada anda dengan jelas.
    11. Anda akan mematuhi semua undang-undang yang dikenakan semasa menggunakan atau mengakses Facebook.

Anda juga mungkin hendak menyemak dokumen berikut, yang menyediakan maklumat tambahan mengenai penggunaan Facebook oleh diri anda:
  • Dasar Penggunaan Data: Dasar Penggunaan Data mengandungi maklumat untuk membantu anda memahami bagaimana kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat.
  • Terma Pembayaran: Terma tambahan ini dikenakan kepada semua pembayaran yang dibuat di atau melalui Facebook.
  • Halaman Platform: Halaman ini membantu anda memahami dengan lebih baik tentang apa yang berlaku apabila anda menambah aplikasi pihak ketiga atau menggunakan Facebook Connect, termasuk bagaimana mereka boleh mengakses dan menggunakan data anda.
  • Dasar Platform Facebook: Garis panduan ini menggariskan dasar yang dikenakan kepada aplikasi, termasuk laman Connect.
  • Garis Panduan Pengiklanan: Garis panduan ini menggariskan dasar yang dikenakan kepada iklan yang diletakkan di Facebook.
  • Garis Panduan Promosi: Garis panduan ini menggariskan dasar yang dikenakan jika anda menawarkan pertandingan, cabutan bertuah, dan jenis promosi lain di Facebook.
  • Pusat Keizinan Jenama: Garis panduan ini menggariskan dasar yang dikenakan terhadap penggunaan tanda dagangan, logo dan tangkapan skrin Facebook.
  • Terma Halaman: Garis panduan ini digunakan untuk penggunaan Halaman Facebook oleh anda.
  • Standard Komuniti: Garis panduan ini menggariskan jangkaan kami berkenaan kandungan yang anda siarkan ke Facebook dan aktiviti anda di Facebook.
Untuk mengakses Pernyataan Hak dan Tanggungjawab dalam beberapa bahasa yang berbeza, tukar tetapan bahasa untuk sesi Facebook anda dengan mengklik pautan bahasa di sudut kiri kebanyakan halaman.  Jika Pernyataan ini tidak tersedia dalam bahasa yang anda pilih, kami akan kembali ke versi bahasa Inggeris lalai.

Rujukan



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .