Intel Quark - CPU Bersaiz Kecil


Dengan lebih banyak peranti bersaiz kecil, seperti jam tangan pintar, kaca mata pintar, dan sebagainya, kini pihak Intel turut sama memperkenalkan siri SoC baru mereka, dinamakan sebagai Quark.


Quark dikatakan membawakan saiz 1/5 daripada saiz cip pemprosesan Atom, dan beroperasi menggunakan 1/10 tenaga berbanding dengannya. Quark versi pertama akan dikenali dengan nama Quark X1000.

Selain digunakan pada peranti seperti jam tangan dan sebagainya, Intel juga turut memfokuskan arena perkomputeran yang diintegrasikan, terutamanya dalam industri perubatan dan juga pengangkutan.

Cip pemprosesan baru ini dijangka akan ditawarkan kepada para pengeluar peranti bermula suku ke-4 2013 ini, dan mungkin kita hanya akan melihat peranti yang menggunakannya hadir pada tahun 2014 kelak.




Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .