Mozilla Firefox 24 Dilepaskan


Hari ini secara rasmi Mozilla melepaskan pelayar web Firefox 24 untuk Wiindows, Linux, Mac dan juga Android.


Firefox 24 untuk desktop membawakan kemudahan untuk pengguna memadam tab yang dibuka, sekaligus memudahkan pengurusan pelayaran web mereka. Ia juga turut sama menawarkan kebolehan pengguna membuka tetingkap chat pada tetingkap berasingan daripada pelayar web.

Selain itu, pihak Mozilla dilihat lebih banyak menambah fungsi baru pada versi Android. Melalui Firefox 24 untuk Android, ia membolehkan pengguna untuk berkongsi pautan dan tab yang dibuka melalui NFC, selain mana turut menyertakan sokongan WebRTC untuk panggilan video.



Rujukan



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .