Yang Dinantikan 2014

Kini kita sudah hampir memasuki hujung tahun 2013. Apakah teknologi, gadget yang akan muncul tahun hadapan? Disini beberapa senarai yang bakal mengubah teknologi hari ini.


Peranti Tizen
Tizen juga merupakan perisian Sumber Terbuka dan dibawah Linux Foundation. Ia menyediakan persekitaran yang teguh dan fleksibel untuk pembangun aplikasi, berdasarkan HTML5. Dengan keupayaan yang teguh HTML5 dan pelbagai fleksibiliti platform, ia cepat menjadi persekitaran pembangunan pilihan bagi aplikasi dan perkhidmatan mudah alih. Tizen SDK dan API membolehkan pemaju untuk menggunakan HTML5 dan teknologi web yang berkaitan untuk menulis aplikasi yang berjalan merentasi pelbagai peranti. Samsung dikatakan akan hadir dengan peranti Tizen tidak lama lagi.





Peranti Firefox OS

Firefox OS yang dibagunkan oleh Mozilla juga berdasarkan HTML5 dan Firefox. Firefox OS yang mempunyai pusat aplikasi sendiri di Mozilla Marketplace yang kini sudah pun memiliki pelbagai aplikasi, seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Antara yang mengeluarkan peranti ini adalah ZTE.




RAM DDR4
Teknologi DDR4 teknologi 28nm (28HPM dan 28HP) akan mempunyai kekerapan frekuensi 50% lebih tinggi daripada DDR3 sedia ada dan juga memerlukan kurang daripada 60% tenaga penghantaran diperlukan per bit. DDR4 akan menyokong dua kali ganda kapasiti memori dibandingkan dengan kawalan standard DDR3. RAM (Random Akses Memori) DDR4 50% lebih pantas, 60% lebih jimat tenaga dan 2 kali ganda memori dari RAM DDR3.


Universal Serial Bus 3.1
USB 3.1 akan membawakan kelajuan sehingga 10GB/s iaitu hampir lebih dua kali ganda kelajuan USB 3.0.



Peranti Ubuntu Touch
Ubuntu Touch merupakan sistem operasi untuk peranti mudah alih berasaskan Linux. Walaupun Canonical gagal untuk dana Ubuntu Edge, Projek Ubuntu Touch atau telefon pintar dengan sistem operasi Ubuntu tetap diteruskan..




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .