Ciri Baru Blackberry Z30

Blackberry Z30 dengan skrin terbesar, laju dan canggih mendahului deretan produk terdahulu. Menggunakan sistem operasi Blackberry 10 OS versi 10.2, telefon pintar ini mempunyai paparan skrin lima inci (12.7 sentimeter).

Antara fungsi terbaharu yang diperkenalkan ialah hub utama Blackberry yang menjadi pusat pengurusan mesej dan pemberitahuan aplikasi. Ia berkebolehan untuk mengutamakan sebarang mesej atau panggilan daripada individu yang berkepentingan seperti ahli keluarga. Selain itu, ia juga menyusun e-mel, rangkaian sosial, akaun-akaun lain bagi memudahkan pengguna mendahulukan sebarang informasi penting.

Sistem Blackberry 10 OS versi 10.2, membolehkan pengguna membaca mesej baharu tanpa perlu meninggalkan aplikasi yang digunakan. Sebagai contoh, jika seseorang sedang membuka aplikasi laman sosial Facebook, dia tidak perlu ke menu utama untuk membalas, hanya perlu baca dan membuat balasan mesej pada waktu itu.

Dilengkapi teknologi Super Amoled membuatkan paparan skrin lebih luas, jelas dan mantap. Pemproses 1.7 GHz membuatkan permainan video lancar, laju dengan imej yang terperinci.
Selain itu, produk baharu Blackberry ini juga disertakan pembesar suara stereo yang menghasilkan bunyi mengagumkan.

Usah risau dengan jangka masa ketahanan bateri kerana Blackberry Z30 mempunyai bateri 2880 mAh yang membolehkan pengguna menggunakan telefon selama 25 jam.

Sistem Blackberry 10 OS versi 10.2 dijangkakan boleh dimuat turun oleh pengguna Blackberry Z10, Q10 dan Q5 bermula pertengahan Oktober.

Blackberry Z30 akan dijual secara eksklusif menerusi Celcom pada 5 Oktober 2013 sebelum dipasarkan ke seluruh negara mulai 19 Oktober 2013.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .