Maxthon Akan Hadir Untuk Linux


Maxthon merupakan pelayar web berasaskan awan dimana membolehkan sesiapa sahaja dengan akaun Maxthon untuk menghantar kandungan web dari satu peranti yang lain. Sebagai contoh , pelayar Maxthon desktop boleh menghantar coretan teks, imej, dan laman web untuk Maxthon pada mana-mana peranti.


Walaupun kedudukan  Maxthon tidak sehebat Firefox mahupun Chrome, ia mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 120 negara Maxthon mula muncul pada Windows pada tahun 2002 sebagai pembungkus untuk Microsoft Internet Explorer. Selain untuk Windows, Maxthon kini juga boleh didapati untuk Mac, iOS dan Android. Terbaru Maxthon juga akan hadir untuk Linux, walau apa pun masih belum diketahui bila ia akan dilepaskan untuk Linux.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .