LaDiDa - Suara Sumbang Jadi Merdu


LaDiDa adalah aplikasi karaoke yang menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) yang membantu anda menyanyi seolah-olah penyanyi profesional. Anda hanya perlu menyanyi atau rap mengadap telefon dan app ini akan menganalisa suara anda dan mengubah rima muzik kepada ton yang bersesuaian. Hanya menyanyi di hujung mikrofon iPhone

Bukan itu saja, app sama membolehkan anda memasukkan instrumen penting seperti gitar. Aplikasi ini membolehkan pembetulan 'pitching', 'reverb', 'flange', korus dan 'delay' (semuanya bahasa muzik). LaDiDa akan memastikan kualiti suara anda setaraf studio!

Cara gunannya pun cukup mudah, hanya tekan butang rakam dan pilih gaya serta tempo sebelum menyanyi atau rap pada muzik. Kemudian, tekan saja butang Play untuk mendengar muzik yang LaDiDa ciptakan untuk anda. Manakala muzik latar belakang pula akan menepati lagu yang dinyantikan. Anda juga boleh mendengar lagu anda mengikut gaya yang berbeza.

LaDiDa aplikasi untuk iOS dan berharga sekitar RM6.







sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .