Linux Pear OS 8 Dilepaskan


Bagi para pengguna Linux, mungkin mengenali salah satu sistem operasi yang membawakan rekaan antaramuka seumpama Mac OS X, iaitu Pear OS. Terkini, pembangunnya telah pun melancarkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Pear OS 8.


Pear OS 8 dilihat membawakan rekaan seumpama iOS 7 yang dilancarkan Apple baru-baru ini. Sistem operasi versi baru ini kini lebih pantas berbanding sebelumnya – membawakan masa boot dan pembukaan aplikasi dan perisian yang lebih laju.

Beberapa perisian baru turut disertakan, termasuk LibreOffice untuk pengurusan dan penyuntingan dokumen. Pengguna juga turut sama boleh memuat-turun pelbagai perisian lain melalui Pear OS Software Center, termasuk perisian permainan popular – Steam.

Pear OS 8 juga turut sama menyertakan Pear Cloud yang membolehkan pengguna untuk membuat simpanan data di awan menggunakannya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Pear OS 8 dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, serta mengujinya pada komputer anda hari ini.

Muat-Turun Pear OS 8




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .