Samsung Galaxy Tab 3 Kids Rasmi Di Malaysia



Hari ini Samsung Malaysia merasmikan  Galaxy Tab 3 Kids untuk pasaran Malaysia. Galaxy Tab 3 Kids sudah pun mula diperkenalkan Samsung sejak Ogos lalu.

Galaxy Tab 3 Kids dikhususkan untuk pembelajaran awal kanak-kanak. Selain berbentuk pendidikan, ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi seperti buku digital, permainan dan juga hiburan. Ibu bapa juga boleh mengawal aplikasi apakah yang boleh diakses oleh anak-anak mereka melalui Application Manager.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab 3 Kids membawa skrin bersaiz 7-inci menyertakan CPU dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan dan 3-megapixel pada bahagian belakang. Harga untuk pasaran Malaysia bernilai RM799.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .