10 Tablet Terbaik 2013


10. HP Slate 7
Tablet dengan saiz 7 inci ini berharga RM499 ketika ia mula-mula diperkenalkan. Lengkap dengan OS Android 4.1 Jelly Bean. Ia menggunakan pemproses dual core ARM Cortex A9 1.6GHz, resolusi skrin 1024 x 600 piksel di samping memori dalaman. Jangka hayat bateri sekitar 5 jam dengan kamera 3 megapiksel.

9. Amazon Kindle Fire HDX 8.9
Amazon Kindle Fire HDX 8.9 antara hasil keluaran Kindle yang menarik sesuai untuk ulat buku. Tetapi kali ini tidak terhad sekadar membaca saja dengan ciri seperti prestasi melayari internet yang betul-betul laju dan navigasi UI menarik. Tablet bersaiz 8.9 inci ini menggunakan OS Fire 3.0 Mojito dan pemproses Qualcomm Snapdragon 2.2 GHz.

8. Lenovo Yoga Tablet 8
Tablet yang sangat nipis mempunyai RAM sebanyak 1GB dengan pemproses selaju 1.2GHz menggunakan OS Android 4.2 Jelly Bean. Saiz skrinnya 8 inci mempunyai reka bentuk sedikit melengkung di bahagian bawah.

7. ASUS VivoTab Smart
Menggunakan OS Windows 8, tablet ini mampu bertahan selama 9.5 jam dengan tahap kenipisan 9.7 milimeter. Beratnya pula hanyalah 580 gram dengan memori 64GB. Ketika ia mula-mula dikeluarkan, harganya sekitar RM1,799.

6. LG G Pad 8.3
LG G Pad 8.3 mempunyai paparan HD penuh bersaiz 8.3 inci lengkap dengan bateri berkapasiti 4600mAh. Ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 600 1.7GHz Quad Core di samping beberapa aplikasi khas seperti QPair dan QMemo yang membenarkan nota ditaip dalam tablet disimpan dan dipindahkan ke mana-mana telefon pintar.

5. Nokia Lumia 2520
Akhirnya Nokia datang dengan tablet pertama Lumia 2520 yang menggunakan OS Windows RT 8.1, rangkaian LTE pada skrin HD bersaiz 10.1 inci. Menariknya, kamera tablet ini dengan resolusi 6.7 megapiksel pertama kali tablet menggunakan lensa optik ZEISS.

4. Samsung Galaxy Note 8
Edisi tablet bagi Note mempopularkan Samsung dengan saiz 8 inci pula dengan pemproses Quad Core dan RAM 2GB. Tidak cukup dengan itu ia menggunakan pemproses 1.6GHz quad-core dan beroperasi pada OS Android 4.1 Jelly Bean.

3. Google Nexus 7
Nexus 7 baru pada 2013 lebih nipis, ringan dan laju. Ia mempunyai skrin 7 inci tetapi jumlah piksel sebanyak 2.3 juta menjadikan 323 piksel pada setiap inci tablet lebih menampilkan skrin yang benar-benar jelas. Dengan tahap keringanan hanya 290 gram, tablet ini mampu memainkan video HD sehingga 9 jam. Ia dijual pada harga USD229.

2. Microsoft Surface Pro 2
Tablet yang nampak macam tablet yang terlalu serius. Meskipun ia tablet kerja, Surface memang baik untuk kedua-duanya (termasuk hiburan) apatah lagi dengan pemproses Haswell dari Intel. Dengan paparan 10.6 inci, ia lengkap dengan pemproses Intel Core i5 generasi ke-5. Sebenarnya, ia dah jadi macam komputer.

1. iPad Air
Dijual pada harga bermula RM1,599. iPad Air tidak mengecewakan selepas diperkenalkan dengan pemproses A7 dan tahap keringanan sehingga 454 gram saja. Ditawarkan dengan dua warna, ia bersaiz 9.7 inci dengan keupayaan bateri yang memang terkenal tahan lebih lama. Sama ada hiburan atau bekerja, iPad Air memang tablet yang tidak diragui keupayaannya.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .