Firefox 26 Dilepaskan


Semalam pihak sudahpun melepaskan Firefox 26 secara rasmi untuk Windows, Mac Linux dan Android.

Melalui Firefox 26, sokongan sekuriti terus diberikan perhatian, dan Mozilla mengimpelmentasikan sokongan “Click-To-Play” untuk Java. Melaluinya, sesuatu plugin akan dimuatkan ketika membuka sesuatu web, tetapi hanya akan diaktifkan apabila pengguna memberikan kebenaran. Selain itu, beberapa sokongan lain turut disediakan untuk pengguna desktop melalui Firefox 26.

Pada platform Android pula, pihak Mozilla memperkenalkan halaman utama yang baru, memberikan akses pantas ke web-web yang digemari anda. Perkara ini memudahkan anda membuat beberapa kerja dengan pantas apabila menggunakan peranti berskrin kecil. Pada masa yang sama, kini ia turut dioptimasikan untuk peranti yang menjalankan cip Intel x86.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .