Jolla Generasi Baru Nokia



Lagi berita tentang Nokia tetapi kali ini bukan mengenai syarikat Finland itu sendiri tetapi kisah beberapa bekas pekerja Nokia mula memperkenalkan telefon pertama mereka di bawah syarikat yang diasaskan mereka iaitu model Jolla yang beroperasi di bawah OS bebas (sumber terbuka), Sailfish.

Bagaimanapun, pembeli Jolla atau disebut sebagai Yol-la masih boleh mengakses atau memuat turun kebanyakan aplikasi yang dibangunkan melalui platform Google Android. Setakat ini, Jolla akan diperkenalkan di Finland dengan beberapa syarikat telekomunikasi berminat untuk memasarkannya.


Dengan penguasaan sehingga 80 peratus Android terhadap telefon pintar di dunia, kemungkinan agak sukar untuk Jolla menyelit dalam pasaran tersebut tetapi berdasarkan semangat dan kepakaran bekas-bekas eksekutif Nokia yang sebelum ini pernah membawa Nokia ke arah kemuncak kegemilangan dalam telefon bimbit, tidak mustahil Jolla boleh mengejutkan dunia.

Mungkin boleh dikatakan, Jolla mungkin telefon yang dianggap 'hipster' dalam dunia telefon pintar.


Kalau ada yang bertanyakan tentang Sailfish, ia dulu dikenali sebagai MeeGo yang pernah dibanggakan dan dibangunkan dalam Nokia sebelum mereka beralih arah kepada platform Windows yang dikeluarkan Microsoft.

Jolla dijual pada harga kira-kira RM1,600 dengan saiz telefon 131 x 68 x 9.9 milimeter bersama tahap nipis sehingga 141 gram. Ia menggunakan pemproses Qualcomm dual core 1.4GHz. Ia juga mempunyai kebanyakan sambungan serta rangkaian seperti telefon biasa iaitu LTE, wifi, bluetooth dan AGPS.

Kameranya pula berkapasiti 8 megapiksel dengan kamera depan 2 megapiksel. Paling penting, saiz skrinnya 4.5 inci IPS qHD. Saiz memori ditawarkan termasuk 16GB dengan RAM sebanyak 1GB. Telefon ini mampu bertahan selama 9 jam jika anda menggunakan sambungan 3G.

Signifikannya, Jolla juga menggunakan sistem peta HERE yang dibangunkan dengan kerjasama Nokia lengkap di 190 negara.

Pengguna Jolla boleh memuat turun aplikasi Android melalui platform Yandex.Store yang mempunyai 85,000 aplikasi Android melalui 17 kategori termasuk Facebook, Twitter, Foursquare, Skype, WeChat, Angry Birds dan Viber serta banyak lagi.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .