Telefon Dwi Boot Ubuntu Touch dan Android


Seperti yang sedia dimaklumkan, pihak Canonical pernah mencadangkan untuk meletakkan sistem dwi-boot pada peranti Ubuntu Edge, namun ia tidak kesampaian disebabkan jumlah dana tidak mencapai sasaran. Namun begitu, pembangunan Ubuntu Touch tidak berhenti di situ dan pada hari ini, pihak Canonical telah memperkenalkan aplikasi dwi-boot yang membolehkan anda boot samada Android OS mahupun Ubuntu Touch.


Menurut pihak Canonical, aplikasi ini hanya dikhususkan bagi mereka yang mahir dalam bidang telefon bimbit pintar dan ia dilihat sokongan ini masih dalam peringkat awal. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun fail dan mencubanya pada peranti mereka.

Panduan pemasangan dwi-boot Android OS dengan Ubuntu Touch  



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .