Tips Jika Telefon Terjatuh Ke Dalam Air




Telefon anda terjatuh ke dalam air? apa yang perlu lakukan?

1. Ambil telefon anda secepat mungkin – lebih lama ianya berada di dalam air, lebih tipis harapan untuk menyelamatkannya.
2. Matikan telefon anda. Jika ianya telah terpadam, jangan cuba untuk menghidupkannya.
3. Buka kad sim, memori kad dan bateri (jika boleh dibuka sahaja).
4. Menggunakan kain/tuala, lapkan semua bahagian yang basah secara perlahan-lahan.
5. Letakkan telefon anda di dalam sebuah bekas yang mempunyai beras. Beras akan dapat mengeluarkan cecair yang berada di dalam telefon anda.
6. Tinggalkan telefon anda di dalam bekas beras tersebut selama 24 jam.

2 perkara yang tidak boleh dilakukan:
1. Jangan menggunakan pengering rambut (hair dryer) untuk mengeringkan air pada telefon anda.
2. Jangan cuba mengecas telefon anda.
Selepas 24 jam, cuba hidupkan semula telefon anda. Semoga berjaya




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .