Apa Itu APU - Accelerated Processing Unit


APU nama penuh Accelerated Processing Unit atau juga dikenali sebagai Advanced Processing Unit ialah teknologi generasi baru dalam cip pemprosesan CPU (Central Processing Unit), dimana APU adalah gabungan antara CPU dan GPU (Graphics Processing Unit).

APU adalah direka untuk mempercepatkan satu atau lebih jenis pengiraan di luar unit pemprosesan pusat (CPU). Ini jua termasuk unit pemprosesan grafik (GPU). APU digambarkan sebagai alat pemprosesan yang mengintegrasikan CPU dan GPU. APU juga boleh termasuk pemprosesan video atau grafik.

Contoh APU ialah AMD APU, Intel HD Graphics, dan NVIDIA Projek Denver. Teknologi APU ini hadir sekitar tahun 2006.

Istilah APU dalam Bahasa Melayu ialah Unit pemprosesan dipercepat. Ada juga pertanyaan bolehkan menggunakan GPU atau kad grafik tambahan apabila sudah gunakan APU. Jawapannya boleh. GPU tambahan itu juga haruslah lebih tinggi dari GPU didalam APU. Jika tidak, ia tidak berbaloi.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .