Beli Makanan dan Minuman Guna WeChat


Pengurus Negara WeChat Malaysia/Singapura, Louis Song berkata, setakat ini, pengguna WeChat di China sudah menggunakan aplikasi berkenaan untuk membeli minuman dan makanan di semua jaringan Kafe Weixin.

"Selain Kafe Weixin, aplikasi WeChat juga boleh digunakan untuk membayar minuman tin di mesin-mesin layan diri UBox dan mencetak gambar di terminal fotografi We Lomo di China.

"Melihatkan perkara ini semakin menjadi trend, kami akan membawanya ke Malaysia dalam tahun ini juga. Setakat ini kami sedang berkerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk mendapatkan kemudahan get laluan pembayaran untuk memudahkan pengguna WeChat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran WeChat 5.1 dan aplikasi permainan dalam talian terbaharu.

Menurut Song lagi, kemungkinan besar pihaknya akan berkerjasama dengan bank-bank tempatan untuk kemudahan get laluan pembayaran tersebut.

"Bayangkan kemudahan yang akan diperoleh oleh pengguna WeChat selepas ini tanpa memerlukan wang tunai di tangan," katanya.

Tambah Song, WeChat yang merupakan aplikasi komunikasi jaringan sosial nombor satu di Malaysia ketika ini mempunyai 95 peratus pengguna daripada keseluruhan pemilik telefon pintar di Malaysia.

"Malah, kita juga menduduki tempat pertama di beberapa negara lain dan merupakan antara aplikasi komunikasi jaringan sosial utama di dunia," katanya.

Mengulas mengenai pelancaran hari ini, Song turut berkata, pengguna WeChat kini boleh bermain permainan dalam talian untuk bersaing di dalam jaringan antara rakan-rakan WeChat mereka.

"Selepas berjaya menduduki tempat pertama dalam aplikasi komunikasi jaringan sosial di Malaysia tahun lepas, kami mempunyai tugas berat untuk mempertahankan kedudukan berkenaan dan tahun ini kami memberi jaminan pengguna akan mendapat nilai tambah yang lebih baik," katanya.





2 comments:

  1. bagus...cuma malaysia susah sikit nk implement benda ni...

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .