Kata Laluan Paling Banyak Digunakan Tahun 2013

Melalui data yang dikumpulkan oleh SplashData sepanjang tahun 2013 yang lepas, kata laluan mudah yang digunakan ramai adalah “123456″. Pada tempat kedua adalah “password” dimana sebelumnya pada tahun 2012 lebih ramai menggunakan kata laluan tersebut berbanding “123456″.

Pada tahun lepas sahaja, kita telah melihat pelbagai perkhidmatan digodam, dan SplashData mengumpulkan data daripada kata laluan digodam yang diterbitkan kepada umum.

Memandangkan perkhidmatan Adobe turut digodam pada tahun lepas, trend penggunaan kata laluan “adobe123″ dan juga “photoshop” turut memasuki senarai 25 kata laluan yang kurang selamat diterbitkan SplashData.


Secara kasarnya, data ini memperlihatkan masih ramai pengguna yang tidak mengambil serius berkaitan dengan sekuriti dan penggunaan kata laluan untuk akaun mereka.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .