2 Peranti Ubuntu Touch Hadir Tahun Ini



Pihak Canonical telahpun umumkan 2 peranti Ubuntu Touch dengan kerjasama Meizu(China) dan BQ(Eropah). Kedua-dua peranti in sudah pun diperlihatkan di Mobile World Congress di Barcelona beberapa hari lalu. Tarikh dan harga pelancarannya masih tidak diketahui. Namun, ia dikatakan menyasarkan harga pasaran negara membangun atau harga spesifikasi serdahana.


Canonical juga mengatakan bahawa dua pengeluar terkemuka akan turut hadir dengan telefon bersistem operasikan Ubuntu pada tahun 2015 kelak iaitu tahun hadapan.

Mengenai aplikasi pula, pihak Canonical menyatakan lebih kurang 50 aplikasi popular yang akan turut hadir ke platform peranti mudah-alih tersebut menjelang penghujung tahun 2014. Antara aplikasi yang telah tersedia adalah Evernote, LastPass, dan juga pemain media VLC.





1 comments:

  1. hehehe...akak kan sampai skg xberapa fhm dgn ubuntu ni..hihiih... ^_^

    http://www.zazazehra.com/2014/02/muslim-niaga-platform-dropship-produk.htm

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .