Careto Malware Kekal Tidak Dapat Dikesan Selama 7 Tahun


Careto atau juga dikenali sebagai The Mask merupakan malware pengintip siber yang canggih dan telah wujud sejak 7 tahun lalu (2007). Hari ini Kaspersky menemui kewujudan malware ini yang bebas selama 7 tahun.

Menurut para penyelidik Kaspersky, malware Careto telah direka untuk menjangkiti sistem 32-bit dan 64 -bit sama ada sistem operasi Windows, Mac OS dan Linux, dan penyelidik juga percaya bahawa mungkin ada serangan terhadap versi mudah alih sama ada untuk Android, IOS dan lain lain.

Serangan malware Careto dalam bentuk emel, dimana emel dihantar dengan sebuah pautan, dan apabila pengguna klik pada pautan tersebut ia akan membawa pengguna ke sesuatu web yang membolehkan ia menyerang komputer pengguna

Dalam dokumen yang diterbitkan oleh Kaspersky , mereka mendapati lebih daripada 380 mangsa yang unik, termasuk institusi Kerajaan , pejabat diplomatik / kedutaan , syarikat-syarikat swasta, institusi penyelidikan , aktivis dan lain-lain.

Serangan malware Careto ini terdapat di Algeria, Argentina, Belgium, Bolivia, Brazil, China , Colombia, Costa Rica , Cuba , Mesir , Perancis , Jerman, Gibraltar , Guatemala , Iran , Iraq , Libya, Malaysia, Mexico , Morocco , Norway, Pakistan , Poland , Afrika Selatan, Sepanyol , Switzerland , Tunisia , Turki , United Kingdom , Amerika Syarikat dan Venezuela.

Rujukan : Kaspersky Securelist

 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .