Facebook Membeli WhatsApp


Facebook to Acquire WhatsApp | 19hb Febuari Facebook secara rasmi mengumumkan pembelian syarikat pemesejan popular WhasApp dengan harga $16 bilion. Pengambilalihan ini menyokong Facebook dan WhatsApp untuk membawa lebih banyak penyambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan internet dengan cekap. Kombinasi ini akan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan penglibatan pengguna di kedua-dua syarikat.

Facebook kini kehilangan pengguna dimana pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi  pemesejan lain untuk berhubung. WhatsApp kini mempunyai lebih dari 460 juta pengguna aktif dan dengan ini Facebook akan terus mendominasi dunia sosial internet seperti mana Instagram juga dibawah facebook.

Walau apa pun aplikasi Facebook Messenge tidak akan ditamatkan untuk mengantikan WhatsApp. Kedua-duanya akan terus boleh digunakan sebagai aplikasi yang berbeza.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .