Faded Lebih Meriah Dari Instagram


Benarkah Faded lebih meriah dari Instagram? Rata-rata pengguna Android ada Instagram bukan. Adakah anda sudah bosan dengan Instagram? atau merasakan ciri yang ada dalam aplikasi tersebut tidaklah terlalu banyak yang boleh dieksplorasi.


Faded aplikasi seperti Instagram masih mempunyai fungsi 'Filters' (penapis) sama dengan Instagram. 34 penapis percuma dan sekiranya mahu 36 penapis yang premium, anda perlu membayarnya. Faded juga mempunyai kesan khas menerusi 'Effects' yang menukar tahap gradien, pencahayaan, emulsi dan bingkai bagi menambah foto yang cantik.

Satu ciri lain yang berbeza dengan Instagram adalah 'Camera Tools'. Terdapat beberapa fungsi yang boleh digunakan ketika anda menangkap gambar seperti dedahan manual, shutter yang mengikut masa ditetapkan, grid, format empat segi dan poin fokus khas.

Selebihnya, anda boleh tukar gambar tadi melalui 12 ciri profesional seperti menggelapkan bahagian belakang, 'highlight', menajamkan imej, bayang dan banyak lagi! Jika anda suka sesuatu kesan khas Faded dan ingin guna semula 'customize' aplikasi gambar untuk foto lain, anda boleh mendapatkan tetapan sama dalam ruangan 'History'.

Dah siap menyunting foto anda? Nampak cantik? Tiba masanya berkongsi melalui media sosial lain apabila Faded membenarkannya disambung kepada aplikasi instagram, facebook, twitter, flickr, tumblr, dropbox, evernote malah emel sekalipun.

Tetapi aplikasi ini bukanlah diberikan secara percuma, anda perlu membayarnya dalam RM3. Tetapi kalau memuat turun bersama penapis premium, harga keseluruhan mungkin dalam RM15. Mungkin mahal tetapi berbaloi. Setakat ini, Faded hanya ditawarkan untuk iOS. Mungkin akan hadir untuk Android tidak lama lagi.





1 comments:

  1. I think the admin of this website is truly working hard in favor of his web page,
    as here every material is quality based material.

    Feel free to surf to my weblog: Public Liability Insurance Comparison

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .