Mozilla Firefox 27 Dilepaskan


Hari ini pihak Mozilla telahpun melepaskan Firefox 27 secara rasmi. Firefox 27 hadir beberapa kemaskini baru sama ada versi desktop mahupun mudah alih.

Firefox versi desktop untuk windows, linux dan Mac OS menyertakan sokongan Social API yang dikemaskini, sekaligus membawakan sokongan integrasi sosial daripada lebih banyak rangkaian sosial. Sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada tahun 2012, menyertakan kemudahan untuk pengguna mengikuti kemaskini Facebook dengan mudah. Melalui kemaskini baru ini, ia turut menyertakan sokongan Delicious pada pelayar web berkenaan. Firefox 27 turut menyertakan sokongan protokol SPDY 3.1 pada pelayar web, disamping pelbagai penambah-baikkan pada sistem pelayar web berkenaan.

Farefox versi Android pula selain penambah-baikkan pada bahagian sistem, ia turut menyertakan sokongan platform WebRTC dan beberapa bahasa tambahan baru untuk pelayar web berkenaan.
 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .