Perbezaan Linux Ubuntu dan Debian


Ubuntu dan Debian kedua-duanya merupakan distro Linux yang sangat popular. Apa perbezaan kedua distro Linux ini?

Secara umumnya antara muka Ubuntu dan Debian berbeza kerana Ubuntu mengunakan  persekitaran desktop Unity dan Gnome. Manakala Debian menggunakan persekitaran desktop Gnome secara lalainya walaupun kedua distro ini juga mempunyai variasi KDE, LXDE, dll.

Melalui sistem Ubuntu dan Debian juga nampak sama kerana Ubuntu juga direka berasaskan Debian itu sendiri. Tetapi adakah ia sama sepenuhnya? Dari segi luaran ia nampak sama, Tetapi ubuntu telah diubah suai dari Debian oleh pihak Canonical supaya Ubuntu lebih mudah digunakan dan difahami berbanding Debian yang sangat sukar bagi pengguna baru. Dari segi pemasangan dan juga tetapan Ubuntu lebih mudah dari Debian.

Ubuntu sedia dalam kemaskini 6 bulan sekali untuk medapat fungsi dan sokongan baru tetapi tidak bagi Debian. Kemaskini versi barunya dikeluarkan beberapa tahun sekali tetapi untuk Debian 7 terdapat kemaskini kecil untuk mendapatkan sokongan baru.

Kedua-duanya juga ada kelemahan dan juga kelebihan. Debian sesuai untuk golongan professional kerana tidak mesra pengguna kerana perlu menggunakan Terminal tidak menggunakan GUI sepenuhnya. Ubuntu pula boleh dikatakan mesra pengguna kerana boleh melakukan hampir semua menggunakan GUI dari segi pemasangan perisian mahupun tetapan. Debian boleh diangap distro yang sangat stabil kerana jarang berlaku kerosakan mahupun kegagalan sistem berbanding dengan Ubuntu. Ada kala Ubuntu perlu di pasang semula (re-format) walaupun satu pekara kecil.





2 comments:

  1. agak leceh nak pakai kan..aku pun belajar sikit je hari tu.kena belajar dengan kau la ni nmpaknya.

    BalasPadam
  2. yola ubuntu byak songeh ...tp bg den yg noob ni..ubuntu la yg torbaik...xlamo laie ubuntu nak update ke systemd..systemd nie berasas kan debian ke mcm fedora..xbrapo nk pham la ad sesapo bleh trangkan..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .