Samsung Gear 2 Diperkenalkan


Samsung secara rasmi telah melancarkan jam tangan pintar generasi baru mereka iaitu Samsung Gear 2 dan juga Samsung Gear 2 Neo. Kedua-duanya tidak lagi dibawah keluarga Galaxy dimana ia tidak lagi menggunakan sistem operasi Android tetapi menggunakan sistem operasi Tizen.

Samsung Gear 2 dan juga Gear 2 Neo – kedua-duanya menggunakan skrin bersaiz 1.63-inci Super AMOLED, cip pemprosesan 1Ghz dwi-teras, sokongan kecergasan seperti sensor memantau degupan jantung, pedometer, memantau aktiviti kecergasan, dan memantau ketika anda tidur.

Kedua-dua jam tangan ini turut dilengkapi dengan sokongan IR-LED Sensor untuk menggunakannya sebagai alat kawalan untuk WatchOn. Beberapa fungsi lain seperti panggilan Bluetooth, S-Voice, dan sebagainya turut disertakan.

Membezakan kedua-duanya, Gear 2 menyertakan kamera 2 megapixel, sebaliknya Gear 2 Neo tidak menyertakannya.

Kedua-dua jam tangan juga turut menyertakan sokongan kalis air dan habuk, serta membolehkan penggunaan biasa sehingga 2-3 hari.

sumber



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .