Screenlogger - Malware Baru Pada Android dan iOS



Apa itu Screenlogger?
Screenlogger adalah sejenis malware yang mampu merakam sesuatu tindakan pengguna pada skrin peranti pintar dalam kombinasi dengan mengambil screenshot untuk mengetahui dengan tepat bagaimana pengguna berinteraksi dengan telefon atau tablet pengguna.

Konsep yang digunakan Screenlogger adalah sama dengan Keyloggers, sejenis malware bagi penjenayah siber, yang merekodkan input yang ditaip ke dalam keyboard dan boleh mengesan kata laluan untuk e-mel , media sosial dan akaun bank dalam talian. Dengan cara yang sama Screenlogger mengambil input yang dilalukan pada skrin, jadi seorang hacker akan tahu apa yang pengguna lakukan.

Oleh hal demikian, berhatilah ketika menggunakan peranti mudah alih. Lebih lebih lagi ketika melakukan urusan perbankan dalam talian. Pastikan peranti mudah alih disertakan dengan perisian keselamatan (antivirus) yang dipercayai

*Screenlogger juga tidak mustahil akan hadir pada PC desktop (windows)




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .