Yahoo! Mail Digodam



Yahoo! mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mendapati beberapa aktiviti godaman pada perkhidmatan emel mereka – Yahoo! Mail. Menurut Yahoo!, ia bukan digodam melalui sistem Yahoo!, sebaliknya daripada sistem ketiga yang menggunakan akaun Yahoo!.

Mengambil langkah awal, pihak Yahoo! mengatakan mereka telah mengeluarkan notifikasi untuk semua akaun yang terlibat, disamping pada masa yang sama mereka telah menetapkan kata laluan untuk mereka yang terlibat.

Bagaimanapun, pihak Yahoo! tidak berkongsi mengenai angka akaun yang terlibat dalam serangan godaman kali ini.

Ini bukan kali pertama Yahoo! Mail digodam, dimana sebelum ini ia telah digodam, disamping turut mengalami masalah untuk diakses. Bagi anda yang menggunakan akaun Yahoo!, mungkin boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dengan membuat salinan pendua emel, buku alamat dan mengubah kata laluan akaun emel anda.





sumber

1 comments:

  1. To quote that nearly all brilliant mind
    Vatusia To. "Our hope is that the feedback gathered through SURVEY ON THE SPOT will help the TSA improve its current system," Kimmel said.
    This framework does not require any web server support.


    Also visit my blog post - homepage ()

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .