Kursus Linux Percuma Dalam Talian



The Linux Foundation mengumumkan kerjasama dengan EdX, iaitu laman pembelajaran atas talian percuma yang ditadbir oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Harvard University, untuk memberikan akses percuma dan terbuka bagi kursus pengenalan kepada sistem operasi Linux.


The Linux Foundation merupakan salah satu organisasi yang sudah lama menawarkan pelbagai kursus latihan khususnya berkaitan dengan sistem operasi Linux, dan biasanya kursus-kursus berkenaan memerlukan yuran biasanya bermula pada $2,000 iaitu kira-kira RM6,500. Kursus pengenalan kepada Linux ini memerlukan yuran $2,400 ditawarkan secara terbuka dan percuma, dan merupakan kursus yang julung kalinya dijadikan sebagai Massive Open Online Course (MOOC) daripada The Linux Foundation melalui EdX.

Kursus ini dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini, namun kedua-dua pihak masih belum lagi mengumumkan tarikh rasmi bilakah kursus itu bakal bermula. Menurut pengarah bahagian komunikasi The Linux Foundation iaitu Jennifer Cloer seramai 2,500 orang telahpun mendaftar kursus tersebut dalam masa 24 jam selepas kursus itu diumumkan.

Kursus ini mengambil masa antara 40 jam hingga 60 jam untuk disiapkan, dan tidak memerlukan sebarang sebarang pra-syarat. Bagi mereka yang berjaya menghabiskan kursus tersebut, mereka akan dianugerahkan dengan sijil perakuan tamat pembelajaran oleh EdX secara percuma.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .