Mozilla Firefox 28 Dilepaskan



Hari ini pihak Mozilla telah melepaskan firefox 28 secara rasmi. Firefox 28 sedia hadir untuk Windows, Mac OS, Linux dan juga Android. Firefox 28 sepatutnya hadir bersama firefox metro untuk windows 8, tetapi atas pemintaan yang kurang terhadapnya, pembangunan Firefox untuk windows 8 dihentikan.

Tiada perubahan yang banyak melalui firefox 28. Melalui Firefox 28 untuk desktop, ia sekadar menyertakan penambahan sokongan VP9 (Video Codec) sahaja. Untuk pengguna Mac OS X, pihak Mozilla dilihat menambah sokongan untuk OS X Notification Center.

Firefox 28 versi Android, pihak Mozilla menyertakan beberapa sokongan baru, termasuk antaranya sokongan butang perkongsian pantas, sokongan OpenSearch, dan juga kemudahan pencarian melalui bar alamat.






1 comments:

  1. orang banyak guna google chrome kot..kurang arif pasal nie

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .