Pelayar Web Maxthon Hadir Untuk Linux


Maxthon Cloud Browser - Salah satu pelayar web alternatif berasaskan enjin Webkit dan Trident. Pelayar web yang dibangunkan dari China ini diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna Linux setelah melalui fasa ujian beta sebelum ini.

Beberapa fungsi yang dibawa misalnya Sync Magic Fill yang membolehkan pengguna sync beberapa data seperti bookmarks dengan hanya menggunakan satu akau Maxthon. Ia turut tampil dengan antaramuka baru selain membawakan peningkatan prestasi padanya.

Maxthon Cloud Browser telah sedia berapa pada platform Windows, OS X sebelum ini dan kini pengguna Linux turut berpeluang menggunakan pelayar web ini. Pelayar web ini turut menampilkan versi mudah-alih sebelum ini melalui Maxthon Mobile untuk pengguna Android, iOS dan Windows Phone 8.

Bagi pengguna Linux yang ingin mendapatkan pelayar web Maxthon Cloud Browser yang baharu ini, boleh memuat-turunnya pada halaman rasmi Maxthon.

Muat Turun - Maxthon Cloud Browser





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .