Blue Wave Army Lawan Fitnah Red Bean Army



Kerajaan Malaysia bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Apa itu Blue Wave Army?
Blue Wave Army (BWA) adalah satu unit siber yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebagai satu unit untuk menentang Red Bean Army (RBA). Dalam erti kata lain, WBA adalah satu unit siber khas untuk menahan serangan dari RBA sekiranya ada. Walaubagaimanapun, unit siber khas BWA ini masih lagi dalam peringkat cadangan dan belum lagi diwujudkan.

Apa itu Red Bean Army?
Tahun lalu negara kita digemparkan dengan kewujudan Red Bean Army, iaitu satu unit tentera siber yang dikatakan boleh menggugat keselamatan siber negara ini. Red Bean Army atau RBA dikatakan dianggotai oleh 800 orang ahli yang mungkin kesemuanya adalah terdiri daripada pakar dalam bidang IT.

Mungkinkah dengan kewujudan Blue Wave Army dan Red Bean Army ini sebagai satu tanda aras yang menunjukkan bahawa negara kita sedang mengalami satu peningkatan taraf dalam bidang IT.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .