Linux Ubuntu 14.04 LTS Truty Tahr Dilepaskan


Canonical hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.04 LTS yang dikenali dengan nama kod Trusty Tahr. Melalui versi LTS ini, versi sistem operasi ini akan menerima sokongan selama lima tahun – sesuai untuk penggunaan perusahaan.

Ubuntu 14.04 turut menyertakan pembaharuan dari segi aplikasi dan perisian yang disertakan. Perisian popular seperti LibreOffice, Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada versi terkini, selain mana Unity dikemaskini dengan pelbagai perkara baru.

Ubuntu 14.04 dilihat kini menyokong paparan skrin resolusi tinggi, selain turut membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk – terutamanya pada lock screen. Pelbagai gambar latar baru turut disertakan pada sistem operasi ini.





Muat Turun Ubuntu 14.04

0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .