Nostalgia Bersama Windows XP


Sokongan Windows XP Ditamatkan
Microsoft Windows XP merupakan sistem operasi yang memberi sokongan yang agak lama berbanding dengan sistem operasi lain. Secara rasmi pihak Microsoft menamatkan sokongan untuk Microsoft Windows XP dan juga Microsoft Office 2003 pada 8hb April 2014 lalu.

Walau apa pun, pengguna Windows XP dan Office 2003 masih lagi boleh menggunakannya seperti biasa. Tetapi ia tiada lagi sokongan, kemaskini dan keselamatan yang terkini. Bagi yang agak berumur dan sudah terbiasa dengan Windows XP pasti agak sukar untuk menerima sistem operasi yang terkini yang kurang cekap untuk memahami perubahan.

Windows XP Selama 13 Tahun (2001 - 2014)
Windows XP merupakan sistem operasi dari Microsoft yang memberi sokongan yang paling lama dalam sejarahnya bermula dari 2001 sehingga 2014. Salah satu sebab ia terus disokong adalah disebabkan populariti Windows XP yang masih berada di tahap paling popular antara pengguna.
Kegagalan pihak Microsoft membawa Windows VisTa pada tahun 2007 juga antara sebab XP terus digunakan sehingga kini.

Kemunculan Windows XP (2001)
Kemunculan Windows XP sekitar tahun 2001 merupakan perubahan yang sangat ketara pasa sistem operasi Windows. Windows XP telah membawakan antaramuka serba baru yang jauh meninggalkan antaramuka Windows sebelumnya. Pada era Windows 2000 dan sebelumnya, sistem operasi daripada Microsoft menggunakan antaramuka klasik yang telah dibawa sejak Windows 95 lagi. Windows XP telah membuka sinar baru dengan mendatangkan kombinasi antaramuka Luna dan latar belakang Bliss sebagai elemen utama sistem operasi ini. Ia turut didatangkan dengan tiga pilihan warna tema Luna secara terbina seperti Blue, Silver, dan Olive Green. Selepas itu hadir tema baru sekitar tahun 2004  Royale (Biru) dan Zune (Hitan Jingga)

Keluaran Edisi Windows XP
Windows XP juga ada beberapa edisi dan yang selalu digunakan ialah Windows XP Home Edition untuk penngguna umum membawakan fungsi asas Windows XP dan Windows XP Professional Edition untuk ahli perniagaan dan pakar IT dengan menghadirkan beberapa fungsi tambahan.

Media Center Edition
Selain itu Windows XP juga turut hadir dengan beberapa edisi lain seperti Windows XP Media Center Edition iaitu kebolehan multimedia telah diperluaskan yang diperkenalkan pada tahun 2002.
 
Windows XP Tablet Edition. Windows XP merupakan yang terawal yang hadir untuk tablet yang mula diperkenalkan akhir 2002.


Windows XP Starter Edition. Melalui edisi ini ia membawa tema klasik dan kos lebih rendah. Windows XP ini tidak banyak fungsi disokong.

Windows XP 64-Bit (x64 Edition). Secara umum Windows XP hanya membawa sistem 16-bit dan 32-bit sahaja. Windows XP ini OS pertama yang memberi sokongan 64-bit yang membewa penyenalan pada sistem 64-bit. Walau apa pun Windows XP ini kurang sokongan untuk pemacu(driver) 64 bit oleh ia masih baru.

Kemaskini Windows XP (Service Pack)
Windows XP Service Pack 1 (SP1). Dilancarkan pada 2002 dengan membawa sokongan USB 2.0 dan lain lain kemaskini baru.

Windows XP Service Pack 2 (SP2). Dilancarkan pada 2004 dengan membawa sokongan WPA Wi-Fi, Windows Firewall dan Windows Security Center.

Windows XP  Service Pack 3 (SP3). Dilancarkan pada 2008 yang membawa kemaskini windows VisTa pada XP.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .