Animasi SuperSquad - Selamatkan Masa Depan Hadir Jun 2014



Bila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan menguasai bumi. Lagi satu filem animasi tempatan yang akan ditayangkan 5 Jun depan (hanya di pawagam). Filem animasi hebat lakonan Aaron Aziz, Diana Danielle, Dafi Sabri dan Radhi Khalid.

Sinopsis :-

SuperSquad menceritakan mengenai lima adiwira muda juga mempunyai isu tersirat yang mahu diceritakan. lima watak utama, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq dalam perjuangan mereka bagi menyelamatkan negara dan bumi dari serangan armada makhluk asing sebenarnya mempunyai satu makna yang mendalam.

Perjuangan lima adiwira cilik ini adalah bagi menentukan hala tuju masa depan mereka. Perlambangan ini cukup jelas apabila satu watak jahat yang dikenali Ratu diwujudkan.

Watak Ratu diwujudkan bagi mewakili masa depan yang gelap dan watak Ratu tersebut perlu dihapuskan oleh lima adiwira cilik ini.







0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .