Kehebatan Telefon Pintar Buatan China


LENOVO
Telefon Pintar jenama Lenovo seperti membanjiri setiap kedai telefon di negara ini. Namun ia bukan jenama yang baru alam dunia teknologi. Diasaskan pada tahun 1984 dengan nama Legend, Lenovo sebelum ini lebih dikenali sebagai jenama komputer riba. Syarikat ini hanya menyertai industri telefon pintar pada tahun 2012. Dalam masa yang singkat telah berjaya menjadi pembekal telefon pintar terbesar di Tanah Besar China.



HUAWEI
Sebutan tepatnya "wah-wey". Syarikat ini ditubuhkan oleh Ren Zhengfei pada 1987 bagi membina jaringan telekomunikasi. Ia terkenal sebagai pembekal produk/servis kandungan seperti modem USB modem/router wayarles, telefon produk video. Huawei Devices telah memasarkan sebanyak 3.3 juta telefon pintar ke serata dunia pada tahun 2010.



XIAOMI
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2010 dan berjaya melancarkan antara muka berasaskan Android, MIUI pada tahun yang sama. Jenama Xiaomi mendapat tempat di pasaran China kerana menghasilkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga mampu milik. Digelar "Apple of China". Sambutan Xiaomi di luar negara China juga amat memberangsangkan. Mi3 habis terjual di singapura dalam tempoh 2 minit sahaja.


OPPO
Mungkin ada yang masih janggal dengan jenama Oppo. Namun, pengeluar barangan elektronik ini ada rangkaian produk yang luas seperti pemain MP3, TV LCD, Telefon dan e-book. Telefon pintar pertamanya, Finder pernah dinobatkan sebagai telefon pintar paling nipis pada ketika itu. Oppo terus menerjah pasaran telefon pintar dengan menampilkan inovasi kamera telefon boleh putar melalui model N1 dan terkini melancarkan model Oppo Find 7.





2 comments:

  1. Sekarang ni XIAOMI top.. sbb ramai member Chinese recommend ada tu siap beli import dari China. Aku tengok pun not bad la leh beat S3..

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .