Kenali Jenis Malware

Malware ialah singkatan untuk istilah "Malicious software" yang boleh diterjemahkan sebagai "Perisian Berniat Jahat".


Virus dan Worm (cecacing)
Ancaman malware ini boleh mengakibatkan jangkitan. Gelaran ini diistilahkan daripada tingkah laku atau sifat-sifatnya yang akan terus tersebar tanpa pengetahuan pengguna.  

Virus boleh menjangkiti perisian yang sah dan apabila perisian ini digunakan oleh pemilik komputer, ia akan terus merebak untuk menjangkiti komputer lain. Jadi untuk mengelak sistem diganggu, virus perlu dicecah dan dihalang sebelum ia mula merebak.

Sementara worm (cecacing) akan merebak tanpa apa-apa tindakan daripada pengguna. Virus dan worm ini akan membawa 'payload' atau 'muatan', gelaran bagi kod berniat jahat yang direka untuk melakukan kerosakan pada peranti pengguna.

Spyware dan Keylogger
Fungsi utama spyware ialah untuk mengintip aktiviti pengguna, mengumpul maklumat, dan mengembalikan maklumat itu kepada pencintanya atau pada penggodam (hacker). Ia memiliki mekanisme jangkitan dan lebih cenderung kepada ancaman kewangan. Spyware akan dipasang secara sendiri dan menyusup masuk secara senyap untuk menyelak dikesan.

Keylogger pula merekodkan data penting seperti nama pengguna, kata laluan, no kad kredit dan alamat e-mel. Malware ini digunakan dalam serangan berniat jahat seperti phishing, kejuruteraan sosial, dan kecurian identiti. Ia juga direka untuk mencuri wang daripadapengguna komputer, peniagaan, dan bank tanpa disedari.

Rootkit dan Trojan
Merebak sebagai ancaman yang sentiasa berselindung, trojan dan rootkit bergerak secara berkumpulan bagi mengelakkan serangan ke atas komputer dikesan. Trojan akan berpura-pura seperti sebuah perisian yang tidak berbahaya. Namun, sebaik sahaja pengguna memuat turunnya, trojan akan terus menjangkiti sistem mereka.

Sementara itu, rootkit bertindak dengan cara yang berbeza. Rootkit ialah teknik pelindung (masking) bagi malware, namun tidak mengandungi perisian yang merosakkan. Teknik rootkit ini dicipta oleh penggodam untuk menyembunyikan malware supaya ia tidak dapat dikesan oleh antivirus dan program penyingkiran yang lain.

Adware (advertising-supported software)
Adware adalah malware berbentuk iklan atau perisian dengan sokongan iklan. Malware jenis ini akan memaparkan iklan setiap kali komputer dibuka secara automatik. Iklan ini bertujuan untuk menjana pendapatan atau untuk trafik blog/web. Walau apa pun tiada ancaman bahaya pada komputer.

Backdoor (Pintu Belakang)
Backdoor merujuk kepada mekanisme yang dapat digunakan untuk memintas dan mengakses sistem, aplikasi, dan rangkaian. Backdoors biasanya akan dipasang sebelum malware lain, untuk memudahkan dan membenarkan masuk dan meyerang.




2 comments:

  1. huh, macam detektif plak hana rasa

    BalasPadam
  2. tksh adek bt entri ni.. byk dh yg akak thu bila baca :)

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .