Metal Slug Defense Sedia Untuk Android dan iOS


Permainan video Metal Slug merupakan permainan video yang popular pada PS One dahulunya. Kini kembalikan nostalgia dimana pihak pembangunnya turut hadir dengan permainan berbentuk Tower Defense mereka tersendiri, dinamakan sebagai Metal Slug Defense untuk Android dan iOS. Metal Slug Defense ini boleh dimuat turun secara percuma.


Kepermainan Metal Slug Defense ini agak berbeza dengan  Metal Slug asal. pengguna perlu melindungi pangkalan mereka daripada dimusnahkan oleh pihak musuh dengan menggunakan beberapa unit yang terhat. Metal Slug Defense juga dilengkapi dengan jalan cerita tersendiri menjadikan kepermainan lebih menarik.


Metal Slug Defense juga boleh dimainkan secara multiplayer menggunakan sambungan melalui WiFi dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain.





0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .