Android System Recovery - Reformat Android dan Reset Kata Laluan



Disini sedikit tutorial mudah bagi yang mahu format tablet atau telefon Android. Ia juga boleh dilakukan jika terlupa kata laluan (reset kata laluan).

Apa yang boleh dilakukan ialah :-

1.Tutup/off dulu tablet

2.Tekan butang on dan volum turun / vol down secara serentak

3.Apabila logo syarikat (misalnya Samsung) keluar, lepaskan butang power tetapi terus tekan butang vol down.

4.Anda akan menyaksikan menu seperti gambar di atas. Pilih ’reboot system now’ menggunakan butang vol up atau vol down. Selepas pilih, tekan butang ‘Home’ pada tablet anda.

5.Ia akan memaparkan gambar logo Android. Biarkan selama beberapa minit. Mulakan kembali dengan langkah 1 hingga 3.

6.Pilih menu ke-3 pula iaitu ‘wipe data/factory reset’. Selepas pilih, tekan butang home, ia akan meminta anda memilih ‘Yes- delete all user data’. Tekan butang Home sekali lagi dan ia akan melakukan reset semula kepada tablet. Selepas itu, ia akan membawa anda masuk semula ke antaramuka tablet.

Perlu diingatkan, ia bermakna anda memadam semua data di dalamnya termasuk aplikasi (kecuali yang default), gambar-gambar yang disimpan dan sebagainya. Tetapi tablet anda kini baru seperti bayi yang baru dilahirkan.



5 comments:

  1. Salam..sya dh buat cra yg abg bgi ni tp xblh msk jgk kt dlm mood recavery..sya nk reset lock pettern jns tablet tronton..ada xlgi cra lain..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam...saya dah buat cara ni..tetapi tetap tlpon nie minta kata laluan perlindungan privasi.. Telepon ni PANCO C1.. Android juga...
    Saya ingin minta tips lah dari tuan/puan yg berkaitan..tolong saya

    Bagaimana caranya mahu mnyelesaikan masahlah "kata laluan perlindungan privasi" ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat dua kali. Memula tekan reboot. Lepastu off balik buat cara yg sama then tekan clear emmc (bagi fon saya).

      Padam
  4. Salam... Nak tanya... Tablet sy sgt slow... Bila sy pilih butang reboot.. Butang home sy tak menyala... Bila sy tekan volume sy tertekan butang yg lain dan terproceed.. So camananak batalkan arahan tu?

    BalasPadam

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .