ASUS GR8 Membawa Linux SteamOS



Valve sendiri hanya akan mengeluarkan Steam Machine pada 2015 saja jadi anda boleh bergantung terus kepada GR8 yang juga bertindak sebagai PC.

GR8 sangat simple rekaannya tetapi sangat cantik dan kompak. Warna merah dan hitam menjadi taruhan ASUS. Ia nampak macam dua buah novel yang disusun di atas rak saja. Sudah pasti, ia lebih kecil dari mana-mana konsol game di pasaran sekarang.

Pada bahagian dalamnya terdapat pemproses Intel Core i7 dan sistem GPU NVIDIA GeForce GTX 750Ti. ROG juga mengatakan ia mampu menghasilkan output 4K Ultra HD dengan lancar melalui mesin ini. Malah setoran dan memorinya juga boleh diubah mengikut kesesuaian.


Kesemua sambungan HDMI dan DisplayPort juga telah tersedia di samping sambungan Miracast untuk dihubungkan ke TV pintar. Juga terdapat dalam mesin ini ialah Gigabit Ethernet serta 802.11ac manakala empat port USB 3.0 dan dua port USB 2.0. GR8 sudah tentu sesuai dengan SteamOS dan Steam Controller. Ia juga menyokong pada OS Windows 8.1 dan mereka akan melancarkan versi SteamOS secara default.

Buat masa ini masih belum diketahui harga untuk pasaran Malaysia.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .