CCleaner Kini Hadir Untuk Android



CCleaner merupakan ultiliti yang popular untuk windows dan menjadi perisian wajib untuk windows. Kini pihak Piriform sudah pun memperkenalkan CCleaner untuk Android minggu lalu setelah memperkenalkan dalam bentuk ujian Beta sebelum ini.

Untuk versi Android, CCleaner membolehkan pengguna membuang data pelayaran web, cache daripada aplikasi, log panggilan, dan juga mesej SMS dengan mudah. Seperti biasa, anda boleh membuat pilihan apakah yang ingin dibuang sebelum membuang fail-fail berkenaan.

Pada masa yang sama, aplikasi sama juga turut membolehkan pengguna memantau penggunaan dan tahap bateri, CPU, RAM dan juga ruangan storan pada peranti berkenaan.


Muat-Turun CCleaner untuk Android



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .