Instagram 6.0 Memperkenalkan Penyuntingan Baru



Instagram 6.0 kini membawa satu set tool penyuntingan kreatif yang baru dengan keupayaan untuk melaraskan kecerahan , kontras, tepu, kehangatan dan banyak lagi.



Untuk menjadikan gambar lebih menarik, kini pihak Instagram melalui kemaskini Instagram 6.0 menyertakan fungsi penyuntingan tambahan. Kini, selepas memilih sesuatu kesan penuras, pengguna boleh memilih ikon penyuntingan untuk mengawal kadar kecerahan gambar, dan beberapa perkara yang lain. Selain itu, pengguna juga boleh dwi-tap pada sesuatu penuras untuk mengakses dan mengawal kesan sesuatu efek ditambah pada gambar.

Menurut Instagram, perkara ini memberikan peluang kepada para pengguna mereka untuk terus kreatif dalam hadir dengan gambar-gambar yang menarik sebelum dikongsikan bersama yang lain.

Instagram untuk IOS versi 6.0 boleh didapati hari ini di App Store Apple, dan Instagram untuk Android versi 6.0 boleh didapati hari ini di Google Play.



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .