Menarik BlackBerry Z3


Spesifikasi BlackBerry Z3 | BlackBerry Z3 akan dilancarkan di Malaysia 7hb Julai ini dengan harga RM699. BlackBerry Z3 ini dikilangkan di Foxconn dan Foxconn ini adalah pengilang utama produk Apple seperti iPhone dan iPad.

Disebabkan harganya murah, ia menggunakan memori flash dalaman 8GB dengan RAM sebanyak 1.5GB. Sedikit ringan daripada Z30 (170g) apabila Z3 mempunyai berat 164g. Penutup belakangnya tidak boleh dicabut. Slot kad sim dan kad SD semunya di bahagian tepi.

Kamera belakang 5MP, kamera depan 1.1MP saja dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8230 1.2GHz. Resolusi skrin 5-inci qHD adalah 540 x 960 piksel.

Siap disediakan dengan sistem operasi BlackBerry 10.2.1. Tiada lag atau telefon yang perlahan. Lengkap dengan papan kekunci BlackBerry Keyboard yang mengenalpasti tabiat menaip dan perkataan yang kerap anda gunakan sebelum menawarkannya pada setiap kali anda menaip sesuatu ayat jadi anda mampu menaip lebih cepat dan tepat. Ia juga memberikan pengalaman menaip dalam bahasa Malaysia yang lebih baik.

Z3 juga bakal menawarkan 11 stickers atau pelekat karektor Upin & Ipin yang popular! 



1 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .