Menarik iOS 8 dan Mac OS X 10.10 Yosemite



iOS 8

Notification Center kini lebih interaktif, balasan boleh dibuat terus dari Notification Center, seperti Android. Juga pada Lockscreen.

Dua kali pada skrin akan membawakan skrin multitask pada iOS7. iOS8 menambahnya dengan memaparkan Contact yang sering dihubungi.

Mail juga menjadi lebih mudah. Membuang emel & menambah flag hanya dengan satu leretan jari. Emel yang sedang ditaip boleh disimpan di bawah untuk melihat emel lain, sebelum disambung semula menaipnya.

Spotlight juga berfungsi di iOS seperti di OSX. Carian aplikasi, tempat menarik, berita serta lagu di dalam iTunes.

Papan kekunci dinaiktaraf dengan Quicktype. Ia menyokong cadangan yang diramalkan, perkataan yang mungkin ditaip dan dipelajari dari kebiasaan pengguna.

Messages adalah aplikasi yang paling selalu digunakan di dalam iOS. Kini menyokong mesej berkumpulan. Tajuk boleh diberikan kepada kumpulan dan kawalan pengguna seperti menambah dan membuang dari kumpulan. Berkongsi lokasi dan rakaman audio serta video boleh juga dilakukan. Rakaman audio & video ini akan dipadam selepas beberapa ketika seperti Snapchat, melainkan diset untuk disimpan.

iCloud pada iOS membolehkan dokumen dikongsi pada peranti lain, sama seperti OSX.

Apple memperkenalkan Healthkit, sejenis API untuk kegunaan pihak ketiga. Apple bekerjasama dengan Nike untuk mendapatkan maklumat kesihatan, dan menghantarnya ke klinik berkaitan untuk maklumat doktor berkenaan pesakitnya.

Keluarga kini boleh berkongsi dengan Family Sharing. Anak-anak boleh meminta ibubapa membelikan aplikasi terus dari peranti. Gambar dan lagu dari iTunes juga boleh dikongsi terus bersama.

Gambar disimpan di iCloud menggunakan iPhoto. Ia boleh diedit seperti meluruskan atau mencerahkan dan secara automatik boleh dilihat pada peranti lain secara masa nyata yang menggunakan akaun iCloud yang sama.

Siri kini boleh dilancarkan hanya dengan bercakap terus tanpa menekan sebarang butang, sama seperti Ok Google di Android.



Mac OS X 10.10 Yosemite

OSX Yosemite menggunakan rekebentuk ikon baru, rekaan rata yang popular kini di iOS7 dan Android 4.4 KitKat.

Tetingkap OSX kelihatan lebih berupa cermin berbanding besi sebelum ini.

Kepala tetingkap juga lutsinar agar mudah melihat tetingkap di belakang. Ia juga hadir dengan ‘Dark Mode’, menjadikan frame tetingkap kepada warna kelabu berbanding putih sahaja.

OSX Yosemite mempunyai ‘Notification Center’ seperti iOS. Maklumat seperti cuaca, jam sedunia, bursa saham dan peringatan boleh didapati di sini.

Carian menggunakan Spotlight diluaskan lagi apabila kenalan seperti rakan dan keluarga termasuk dalam carian Spotlight dan dihubungkan jika terdapat dokumen dan acara kalendar berkaitan.


iCloud drive kini boleh diakses dari semua platform OSX & iOS, serta Windows! Dokumen yang disimpan boleh dibuka dari mana sahaja menggunakan iCloud.

Aplikasi Mail yang baru, kini membolehkan lampiran bersaiz besar sehingga 5GB dihantar. Menggunakan MailDrop, ia menghantar kepilan ke iCloud kemudian dilampirkan pautan untuk memuat turunnya. Terdapat juga Markup, membolehkan pengguna menconteng di dalam emel dengan mudah, seperti menanda perkara penting.

Pelayar Safari, kini menyokong carian menggunakan Google. Juga ditambah mod privacy.

Penggunaan standard protokol web baru membolehkan jangka hayat bateri ditambah sehingga 2 jam lebih apabila menonton Netflix pada Macbook Air. Markup juga terdapat di dalam Safari.

Satu teknologi baru Apple yang dinamakan Handoff. Peranti yang berhampiran seperti iPad, Mac dan iPhone boleh terus berhubung dengan kerja yang sedang dilakukan secara masa nyata. Emel yang sedang dibaca di iPhone, dan apabila mahu dibalas akan diberitahu untuk menaip di Mac yang berdekatan. Atau apabila tiada WiFi, Mac akan meminta menghidupkan Hotspot pada iPhone untuk penggunaan internet. SMS & panggilan juga boleh dibuat menggunakan Mac.

Jika iPhone ditinggalkan di ruangtamu dan pengguna sedang bekerja menggunakan Mac, panggilan boleh dijawab terus menggunakan Mac. Panggilan juga boleh dibuat terus dari nombor yang terpapar di pelayar Safari di Mac.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .