Mozilla Firefox 30 Dilepaskan


Pihak Mozilla hari ini telah melepaskan Firefox 30 secara rasmi. Melalui Firefox 30 tiada kemaskini yang begitu menarik.


Walau apa pun. Firefox 30 membawa sokongan untuk GStreamer 1.0. Kemaskini butang bar sisi kini menyediakan akses yang lebih mudah kepada sosial, bookmark, dan bar sisi sejarah. Senarai hitam putih add-ons juga dikemaskini.

Untuk versi Android. Firefox 30 membawa sokongan Bahasa Melayu seperti yang dibawa Firefox 29 untuk Desktop. Selain itu turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan butang QuickShare pada menu, dan kebolehan untuk menambah kandungan terus pada panel homescreen.


Firefox 30 sedia dimuat turun untuk Windows, Linux, Mac OS dan Android. 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .