Ulasan Huawei Ascend P7 - Mesra Selfie


10hb Jun lalu Huawei Ascend P7 sudah pun dirasmikan di Malaysia dengan harga RM1499 dengan pilihan warna hitam atau putih. Huawei Ascend P7 ini amat sesuai untuk "selfie" kerana ia memiliki kemera hadapan dengan lensa 8MP dan hadir dengan perisian IMAGEsmart 2.0 untuk merakam gambar selfie lebih baik dengan peningkatan wajah automatik 10 tahap dalam mod ‘beauty’. Ia juga dilengkapi fungsi ‘groufie’ yang menggabungkan gambar selfie beramai-ramai kepada satu gambar.

Kamera utama pula (belakang) menggunakan lensa BSI 13MP dengan autofokus dan LED Flash. Penggunaan Image Signal Processor (ISP) membolehkan ia memproses gambar berkualiti seperti DSLR. Bagi akses pantas, kamera belakang boleh diaktifkan dalam tempoh 1.2 saat dengan menekan butang ‘vol down’ ketika peranti ini ditutup.


Spesifikasi Huawei Ascend P7
  • CPU Huawei Hisilicon Kirin 910T, CPU 4-teras berkelajuan 1.8GHz
  • 2GB RAM DDR3.
  • 16GB memori dalaman.
  • Skrin HD penuh bersaiz 5-inci.
  • Sistem operasi Android 4.4.2 KitKat dengan Emotion UI 2.3.
  • Teknologi Gorilla Glass (tahan calar)
  • Bateri Polimer Lithium 2500mAH dan dilengkapi mod penjimatan tenaga tercanggih.
  • Sokongan 4G LTE.
  • Berat 124 gram dan ketebalannya hanya 6.5mm, lebih nipis dari iPhone 5s & Galaxy S5.




2 comments:

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .