Malware - Berhati-hati Dengan Pautan MH17


Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan peristiwa yang amat menyayat hati. Dimana Persawat MAS MH17 dipercayai ditembak tajuh oleh pihak yang tidak dapat dikenal pasti.


Oleh itu ramai pihak berkongsi kisah mahupun infomasi berkaitan dengan MH17. Tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang untuk menyebarkan pautan-pautan berbahaya yang menggunakan nama MH17.

Ini dilaporkan oleh TrendMicro beberapa pautan telah dihantar di Twitter dengan menggunakan nama MH17, dimana apabila ia diklik ia membawa ke laman berbentuk malware.

Malware yang didapati oleh pihak Trend Micro adalah salah satu variasi daripada ZeuS, yang mana selain membolehkan ia mencuri pelbagai maklumat, ia juga boleh melemahkan sistem dan memudahkan malware lain mencerobohi sistem anda.

Pengguna dinasihati supaya berhati hati dan carilah informasi di wab berita yang sah.

#DoaBuatMalaysia



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .