#OpSaveGaza Seluruh Laman Web Israel Digodam

Pihak AnonGhost telah mengadakan operasi #OpSaveGaza yang bermula pada 11 Julai 2014 lalu. Dalam operasi ini kumpulan penggodam seluruh dunia bakal menyertai operasi ini seperti Anonymous, AnonSec, Anonymous Arab dan juga dari Malaysia. Tidak mustahil seluruh laman web, server, database Israel akan digodam.

Perancang operasi, AnonGhost telah memulakan operasi dengan menjadikan berpuluh-puluh server Israel sebagai makanan. Selain daripada AnonGhost, beberapa kumpulan penggodam lain juga tidak ketinggalan untuk menggodam server Israel.

Tidak ketinggalan adalah beberapa pasukan sekuriti dan pengodam daripada Malaysia. Hampir 100 buah laman web Israel telah digodam oleh Malaysia Security Tester, dan tidak mustahil angka tersebut bertambah sehari dua lagi.

Malaysia Security Tester telah meninggalkan mesej yang begitu mendalam untuk ditatapi oleh seluruh dunia. Malaysia Security Tester mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis tersebut apabila menyerang Gaza yang menyebabkan ramai mangsa yang terlibat.




0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .