Peranti ZOPO Memasuki Malaysia


Selain Xiaomi dan OPPO, ZOPO juga merupakan salah satu syarikat pengeluar telefon pintar dari China secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia tahun ini.

Untuk permulaan bagi pasaran Malaysia ZOPO memperkenalkan sehingga empat telefon pintar baru dimana kesemuanya menggunakan CPU pemprosesan MediaTek. Empat model yang diperkenalkan merangkumi daripada berspesifikasi rendah sehinggalah berspesifikasi tinggi.


ZOPO ZP998 telefon pintar berspesifikasi tinggi dengan harga RM1098. Ia membawa skrin 5.5 inci CPU lapan-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB dilengkapi kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Kamera dengan sokongan gambar yang lebih menarik.


ZOPO ZP1000 dengan harga RM998. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, CPU lapan-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB, kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.


ZOPO ZP780 telefon pintar berspesifikasi serdahana dengan harga RM598. Ia membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan qHD, CPU empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.


ZOPO ZP700 dengan harga RM498. Ia membawakan skrin bersaiz 4.7-inci qHD, cip empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-SIM – sama seperti ZP780

Kesemua peranti yang ditawarkan ini menjalankan sistem operasi berasaskan Android, dan hadir dengan antaramukanya tersendiri. 



0 comments:

Catat Ulasan

Setiap ulasan pengguna admin tidak akan bertanggung jawab.

Best viewed with Firefox

Creative Commons License
Dimensi Siber oleh Shafuan Kechik Hakcipta terpelihara, Dibawah Lesen akta Creative Commons .